
HARGA: RM 1,899
Kehadiran Lenovo PHAB2 Pro di pasaran bukan sekadar menampilkan paparan skrin yang sangat besar berkualiti 2K, tetapi ia sebenarnya tampil lebih unik jika dibandingkan dengan phablet yang lain di pasaran. Ini kerana ia telah menjadi peranti Google Tango pertama di dunia yang diperkenalkan secara komersial.
Sokongan dua buah kamera tambahan iaitu lensa untuk mengukur kedalaman dan juga lensa pergerakan ini berupaya memberikan satu pengalaman AR (Augmented Reality) yang jauh lebih baik berbanding sebelumnya. Jadi apa kata kita sama-sama terokai kelebihan fungsi Tango yang disokong oleh Lenovo PHAB2 Pro ini…

SPESIFIKASI
PLATFORM
- Android 6.0.1 Marshmallow
PEMPROSES
- Qualcomm MSM8976 Snapdragon 652
- Octa-core (4x 1.8GHz Cortex-A72 + 4x 1.4GHz Cortex-A53)
- 28nm HPm
- Adreno 510 @ 600MHz
MEMORI
- 64GB (eMMC)
- 4GB RAM (DDR3)
- microSD (sehingga 128GB)
KERANGKA
- Unibodi aluminium
- 179.83 x 88.57 x 10.7mm
- 259g
SLOT KAD
- Hibrid Dual SIM
- SIM 1: nanoSIM
- SIM 2: nanoSIM / microSD
PAPARAN SKRIN
- 6.4 inci IPS LCD
- 1440 x 2560 piksel
- 2.5D Corning Gorilla Glass (versi tidak didedahkan)
- Kepadatan piksel: 459ppi
- Nisbah kerangka-ke-skrin: 71.12%
KAMERA UTAMA
- 16 Megapiksel RGB
- Phase Detection Auto Focus (PDAF)
- Depth sensor
- Motion tracking sensor / fisheye
- Dual Real Tone LED Flash
KAMERA DEPAN
- 8 Megapiksel
- Fixed Focus
- Saiz piksel: 1.4µm
- Aperture f/2.2
BATERI
- Lithium Ion 4050 mAh
- Quick Charge 2.0
- Masa menunggu: sehingga 13 hari
- Masa berbual: sehingga 18 jam
AUDIO
- 1x speaker (mono)
- 3x mikrofon dengan active noise-cancellation
- Dolby Atmos / Dolby Audio Capture 5.1
- 3.5mm audio jack
SAMBUNGAN
- WiFi 802.11a/b/g/n/ac
- Bluetooth 4.0
- microUSB
PAKEJ PEMBELIAN
- Kotak Pembungkusan
- Lenovo Phab 2 Pro
- Adapter pengecas
- Kabel microUSB
- Earphone JBL
- Pin slot
- Buku manual
FIZIKAL
Skrin 6.4 Inci QHD
Sekiranya anda menggemari smartphone dengan sokongan paparan skrin yang besar, PHAB2 Pro merupakan pilihan yang terbaik boleh anda miliki di pasaran kerana ia tampil dengan skrin berukuran 6.4 inci.
Lebih menariknya, paparan skrin jenis IPS LCD pada peranti ini turut diserikan dengan resolusi berkualiti QHD (2K) atau 1440 x 2560 piksel yang menjanjikan imej yang sangat jelas dan tajam.
Bingkai Hitam
Tidak dinafikan paparan skrin PHAB2 Pro yang sangat besar ini kelihatan sangat menarik kerana ia seperti langsung tidak memiliki bezel pada sisi kiri dan kanan skrinnya apabila berada dalam mod standby.
Namun begitu, keterujaan itu hanya setakat itu kerana jelas dapat dilihat bingkai hitam yang agak besar berukuran lebih kurang 2mm di sekeliling paparan skrin dan ia tidak begitu menarik untuk dilihat.
Bezel Atas
Pada bahagian ini seperti biasa telah menempatkan lubang earpiece yang agak besar dan panjang, manakala di sebelah kirinya pula boleh ditemui LED notifikasi, sensor dan juga lensa depan beresolusi 8 Megapiksel.
Saiz bezel atas PHAB2 Pro boleh dikatakan agak besar dan ini telah menyebabkan kerangkanya kelihatan agak panjang berbanding smartphone lain yang tampil dengan saiz skrin yang sama besar.
Bezel Bawah
Bagi mengoptimumkan ruang yang agak besar pada bezel bawah PHAB2 Pro ini, Lenovo telah menyediakan tiga butang kawalan tipikal Android iaitu butang Back, Home dan Recent Apps.
Ketiga-tiga butang kapasitif ini turut dilengkapi dengan nyalaan lampu LED berwarna putih yang agak sederhana tahap keterangannya dan sentiasa dinyalakan selagi paparan skrin sedang aktif digunakan.
Kamera Utama
Rekaan kamera utama beresolusi 16 Megapiksel pada PHAB2 Pro agak timbul dari permukaan panel belakangnya dan lensa tersebut dilindungi oleh permukaan yang diperbuat daripada kaca.
Ia juga turut disertakan sekali dengan Dual Real Tone LED Flash pada bahagian bawahnya. Untuk pengetahuan anda, di antara lensa dan LED ini sebenarnya turut disediakan dengan lensa khas serta pemancar inframerah untuk mengukur kedalaman.
Kamera Pengesanan Gerakan
Terletak betul-betul di bahagian bawah kamera utama serta LED Flash, anda boleh menemui satu lubang mikrofon dan juga sebuah kamera tambahan dengan sokongan sudut luas yang berfungsi untuk mengesan pergerakan, eksklusif untuk sokongan teknologi Google Tango. Di bawah lensa itu pula boleh ditemui sebuah sensor pengimbas cap jari.
Logo ‘Tango’
Pada bahagian bawah panel belakang PHAB2 Pro yang diperbuat kerangka unibodi aluminium ini pula jelas dapat dilihat cetakan logo ‘Tango’ dan juga ‘Lenovo’. Manakala di bahagian bawahnya pula hadir dengan satu jalur antena plastik yang agak besar saiznya.
Sisi Kerangka
Sisi kiri hanya dilengkapi satu slot sahaja iaitu slot kad hibrid yang boleh diakses menggunakan pin slot yang tersedia di dalam pakej pembelian.
Sisi kanan pula seperti biasa telah menempatkan dua butang kawalan fizikal, iaitu butang melaras volume dan juga butang kuasa. Bagi memudahkan anda membezakan antara kedua-dua butang ini, butang kuasa tampil dengan permukaan yang memiliki tekstur.
Port & Speaker
Kerangka PHAB2 Pro yang berukuran 10.7mm ini boleh dianggap agak tebal jika dibandingkan dengan trend smartphone untuk tahun 2017. Bahagian atas kerangka telah dilengkapi dengan port 3.5mm audio jack dan bahagian bawahnya pula boleh ditemui port microUSB, serta dua lubang gril simetri untuk mikrofon dan juga speaker mono.
TANGO
Apa Itu ‘Projek Tango’?!
Projek Tango merupakan satu program yang telah diusahakan oleh Google sejak tahun 2014 lagi dan ia telah dibangunkan sebagai satu penyelesaian pengesanan lokasi tanpa bantuan GPS, laser, sensor jarak mahupun lain-lain isyarat luar. Kerjasama di antara Lenovo dengan Google Tango telah memfokuskan kepada pengesanan pergerakan, pembelajaran kawasan, dan juga persepsi kedalaman.
Ini bermakna anda boleh menggunakan PHAB2 Pro untuk menganggar jarak, saiz dan juga dimensi permukaan. Manakala persepsi kedalaman pula boleh diperolehi dengan bantuan pancaran cahaya inframerah, dan data kedalaman akan dijana melalui kamera RGB PHAB2 Pro. Ini secara tidak langsung membolehkan anda untuk menikmati sendiri satu pengalaman baru ketika bermain permainan mudah alih ataupun ketika menggunakan aplikasi utiliti dalam kehidupan seharian.
Aplikasi Eksklusif Tango
Walaupun Lenovo PHAB2 Pro merupakan smartphone Tango yang pertama di dunia, Lenovo dan Google telah bekerjasama untuk menyediakan aplikasi pra-pasang yang dikenali sebagai Tango eksklusif untuk digunakan pada peranti ini. Terdapat berpuluh judul aplikasi Tango yang boleh anda muat turun sama ada percuma mahupun berbayar dan ianya terdiri daripada aplikasi utiliti dan juga permainan mudah alih AR (Augmented Reality). Namun begitu, terdapat beberapa judul aplikasi yang tidak boleh dimuat turun memandangkan ianya tidak tersedia untuk negara ini. Berikut adalah antara aplikasi dan permainan eksklusif untuk peranti Tango yang boleh anda cuba:
APLIKASI UTILITI TANGO
Lowe’s Vision
Aplikasi ini membantu anda untuk mengukur dan juga mencipta rekaan dalaman menggunakan pelbagai peralatan maya yang disediakan seperti plaster siling, lantai, kelengkapan rumah, hiasan rumah, lampu dan sebagainya. Ini membantu anda untuk menentukan susun atur dan juga hiasan yang diidamkan sebelum memulakan projek tersebut.
Matterport Scenes
Ia merupakan aplikasi yang membantu anda untuk mengambil gambar ruang dalam bentuk 3D dan membolehkan anda untuk melihatnya semula dari pelbagai sudut. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk mengukur objek ataupun jarak untuk dikongsikan dengan arkitek ataupun kontraktor sebagai rujukan mereka sekiranya anda ingin membuat pengubahsuaian.
MagicPlan
Apabila anda ingin melakukan pengubahsuaian ataupun susun atur perabot untuk rumah atau ruang pejabat, perkara yang paling penting adalah mendapatkan lakaran pelan lantai yang lengkap. Dengan menggunakan aplikasi ini, anda berupaya mendapatkan lakaran pelan lantai yang lebih tepat kerana ia dibantu dengan fungsi ukuran ruang maya yang sangat praktikal.
Measure
Berbeza dengan aplikasi lain, Measure merupakan aplikasi yang dibangunkan khusus untuk tujuan mengukur objek ataupun ruang. Sokongan antaramuka yang sangat ringkas dan mudah untuk digunakan ini sememangnya sangat praktikal untuk membantu anda mendapatkan ukuran yang sangat tepat terus melalui kamera peranti ini sahaja.
PERMAINAN TANGO:
Hot Wheels
Sebagaimana yang anda ketahui, Hot Wheels merupakan permainan kereta lagenda yang sangat popular di seluruh dunia. Kini dengan bantuan Tango, anda boleh memainkannya secara maya dan lebih menariknya anda perlu bermain secara berperingkat untuk mengumpul cebisan trek dan objek bagi menghasilkan cabaran trek peribadi anda sendiri.
Dinosaurs Among Us
Hasil kombinasi antara teknologi pemetaan 3D Tango dan juga kepakaran saintifik dari Muzium Sejarah Semulajadi Amerika, Dinosaurs Among Us merupakan eksperimentasi AR. Ia membolehkan anda untuk meneroka dunia dinasor di mana jua anda berada.
WOORLD
Kini anda boleh mewujudkan satu dunia magikal yang menggabungkan antara dunia sebenar dengan dunia maya. Anda hanya perlu mengimbas ruang yang ada menggunakan kamera Tango dan kemudiannya anda bebas untuk mencipta dunia maya yang comel dengan meletakkan pelbagai objek seperti rumah, awan dan sebagainya di ruang tersebut..
Chelsea Kicker
Sekiranya anda merupakan peminat kelab bola sepak Chelsea, aplikasi ini membolehkan anda untuk memilih salah satu daripada beberapa pemain dari kelab ternama itu. Kemudiannya anda boleh berinteraksi dengan pemain itu untuk memainkan permainan menimbang bola.
KAMERA AR
Anda boleh memilih beberapa karakter maya seperti pari-pari, dinasor, anak kucing ataupun anak anjing untuk dipaparkan pada paparan skrin viewfinder kamera. Lebih menariknya, karakter maya yang comel ini akan berinteraksi dengan objek yang terdapat dalam dunia sebenar dan anda juga boleh mengabadikan karakter itu dengan individu sebenar sama ada dalam bentuk gambar ataupun rakaman video.
ZON UJIAN
UJIAN 1 – BATERI
Masa mengecas bateri 0% hingga 100%
- Lenovo PHAB2 Pro (sokong teknologi pengecas pantas): 98 minit
- Xiaomi Mi Max (sokong teknologi pengecas pantas): 197 minit
- Samsung Galaxy A9 (2016) (sokong teknologi pengecas pantas): 122 minit
- Sony Xperia XA Ultra (tiada teknologi pengecas pantas): 151 minit
Ketahanan bateri
- Lenovo PHAB2 Pro (4050 mAh): 7 jam 3 minit
- Xiaomi Mi Max (4850 mAh): 12 jam 2 minit
- Samsung Galaxy A9 (2016) (4000 mAh): 10 jam 10 minit
- Sony Xperia XA Ultra (2700 mAh): 6 jam 59 minit
UJIAN 2 – PRESTASI
AnTuTu 6
- Lenovo PHAB2 Pro: 85632
- Xiaomi Mi Max: 77266
- Samsung Galaxy C9 Pro: 85181
- Sony Xperia XA Ultra: 50109
Basemark X
- Lenovo PHAB2 Pro: 15793
- Xiaomi Mi Max: 15487
- Samsung Galaxy C9 Pro: 15814
- Sony Xperia XA Ultra: 6754
Basemark OS 2.0
GFXBench 3.0 Manhattan (on-screen)
HASIL GAMBAR



PRO
- Sokongan Tango pada Lenovo PHAB2 Pro sememangnya sangat unik, sekaligus membezakannya dengan smartphone lain di pasaran.
- Berbeza dengan model Lenovo sebelum ini, PHAB2 Pro tampil dengan sentuhan antaramuka yang lebih mirip seperti antaramuka peranti Android yang asal.
- Paparan skrin yang besar berukuran 6.4 inci dengan sokongan resolusi berkualiti 2K sememangnya sangat sesuai untuk anda yang gemarkan aktiviti multimedia.
- Sokongan bateri berkapasiti 4050mAh boleh dicas dengan agak cepat kerana adapter pengecasnya menyokong output maksimum sehingga 12V2A atau 24W berbanding 18W pada Quick Charge 3.0.
KONTRA
- Saiz kerangka yang besar terutamanya pada bahagian atas dan bawah bezel membuatkannya agak sukar untuk digunakan dengan sebelah tangan.
- Prestasi Qualcomm Snapdragon 652 hanya boleh dikategorikan dalam kelas pertengahan sahaja.
- Kualiti kamera adalah sederhana dan pengambilan gambar agak perlahan untuk diproses, terutamanya ketika mod HDR diaktifkan.
- Peratusan bateri sangat cepat berkurangan sekiranya aplikasi Tango digunakan dan aplikasi Tango masih belum sempurna kerana adakalanya ia berhadapan dengan isu untuk menentukan jarak.