- Iklan -

Maxis Perkuat Keupayaan Penyelesaian Awan Sehenti Dengan Pengambilalihan Terkini!!

- Iklan -

Maxis mengukuhkan kedudukannya sebagai Syarikat Penyelesaian Konvergen Terkemuka di Malaysia dengan pengambilalihan Peering One Sdn Bhd, sebuah syarikat penyelesaian awan tempatan yang menumpukan kepada perkhidmatan pengurusan awan hibrid dan persendirian.

Pengambilalihan ini mengukuhkan keupayaan Maxis sebagai penyedia penyelesaian awan sehenti, dengan penawaran lengkap untuk memenuhi spektrum penuh keperluan perniagaan. Pengambilalihan Peering One terutamanya bagi kumpulan pakar profesional awan, pangkalan pelanggan, dan kedudukan pasaran mereka yang kuat, akan meningkatkan keupayaan Maxisuntuk menawarkan penyelesaian awan terbaik bagi hibrid dan persendirian.

Peering One mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam menyediakan perkhidmatan awan dan ICT kepada pelanggan perusahaan di Malaysia. Ini adalah pengambilalihan kedua Maxis di ruang awan, berikutan kejayaan penyatuan Infrastruktur Consulting & Managed Services (ICMS), Rakan Perniagaan Microsoft Gold dengan kecekapan yang tinggi dalam Azure Cloud Solutions, Modern Workplace and Security, pada bulan April 2020.

Selain ICMS, pengambilalihan terkini, Peering One mengikuti pengambilalihan lain oleh Maxis, termasuk Optima Innovations pada bulan Jun 2018 untuk kepakaran eDagang dan Audeonet (M) Sdn Bhd pada bulan Disember 2020 untuk penyelesaian suara dan komunikasi bersatu.

- Iklan -

You might also like