
Sebelum ini kami ada mengadakan program mencuba sendiri HUAWEI Watch GT2 di laman FB eRing, 2 followers kami – Aina dan Ikah telah menguji sendiri selama 4 hari dan akhirnya Aina berjaya memenangi seunit HUAWEI Watch GT2 bernilai RM799.

Selama 4 hari berturut-turut mencuba sendiri, apa pandangan Aina terhadap jam pintar ini? Jom kita baca selanjutnya…
Menurut Aina, setelah 4 hari menggunakan jam pintar HUAWEI Watch GT2, apa yang boleh katakan adalah jam ini sangat membantu dan memudahkan aktiviti harian Aina. Antara fungsi-fungsi yang ada pada jam ini seperti Workout Monitoring, Heart Rate Monitoring, Sleep Monitoring, Phone Finder, membaca notifikasi dan pelbagai lagi.

Ketahanan bateri Watch GT2 mampu bertahan sehingga 2 minggu dengan sekali pengecasan penuh.
“Agak tidak dapat dipercayai, so saya mencuba sendiri. Sepanjang 4 hari saya menggunakan jam pintar ini dengan pelbagai fungsi terbina-dalam, bateri yang digunakan pun TAK SAMPAI 50%. memang tidak perlu risau untuk memakainya setiap hari.”
Selain itu, melalui fungsi Phone Finder ia dapat menyelesaikan masalah Aina sekiranya tersalah letak handphone atau handphone tersorok di mana-mana. Dengan menggunakan jam tersebut, tidak perlu bersusah-payah untuk mencari lagi. Ini sangat menjimatkan masa dan tenaga dengan hanya menekan fungsi Phone Finder, ia dapat mengesan di mana berada handphone anda tidak sampai seminit pun.
Jam pintar ini juga dilengkapi sensor kadar degupan jantung HUAWEI Truseen bagi memantau kadar degupan jantung mengikut masa sebenar, di samping juga menyokong sensor lain yang hebat contohnya mengesan setiap pergerakan Aina semasa berjalan, berlari, pantau waktu tidur dan sebagainya.
Saya telah cuba salah satu function workout, ianya terbukti yang jam ini dapat memberi bacaan atau result yang tepat, seperti bacaan heart rate, jarak, kalori dan sebagainya. Jam pintar ini juga kalis air, saya boleh memakai sewaktu swimming.
Apa yang paling menarik, jam pintar ini boleh digayakan mengikut kesesuaian aktiviti saya dengan menggunakan face watch yang disediakan. Terdapat pelbagai jenis face watch yang boleh pilih seperti Gallery, Classic, Sleek, Passing dan sebagainya.
Design dan variasi face watch sangat menarik, menggunakan warna yang terang membuatkan jam anda menyerlah dari jam lain, dan pasti tidak merasa bosan melihat jam yang sama je setiap hari.
HUAWEI Watch GT2 adalah pilihan yang tepat sekiranya anda mempunyai perancangan untuk membeli jam pintar, dengan fungsi-fungsi yang menarik sangat berbaloi untuk dimiliki. Kini tersedia dalam dua versi berbeza – 46mm & 42mm, dapatkan menerusi HUAWEI Online Official Store.
◆ Varian 46mm
- Matte Black: RM799 – Ketersediaan mulai SEKARANG
- Pebble Brown: RM899 – Ketersediaan mulai SEKARANG
◆ Varian 42mm
- Refind Gold: RM899 – Ketersediaan November 2019
- Lake Cyan: RM799 – Ketersediaan November 2019

