- Iklan -

HONOR Play5 Kini Dilancarkan!! – Hadir Dengan Pengecasan Pantas 66W!!

Berita baik buat peminat HONOR apabila peranti terbaharunya iaitu HONOR Play5 kini dilancarkan di China yang mana ia dijual pada harga bermula dari bermula ¥2099 iaitu kira-kira RM1347.

MEnariknya, peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 6.5″ OLED FHD+. Ia dihadirka ndengan kamera 64MP + 8MP + 2MP + 2MP bagi kamera belakang dan 16MP bagi kamera hadapan.

Dari aspek dalaman pula, ia hadir dengan RAm sebesar 8GB dan storan sebesar 256GB. Bateri juga boleh tahan apabila ia hadir dengan 3800mAh dan menyokongan pengecasan pantas 66W.

Untuk spesifikasi khusus, Honor Play 5 mempunyai skrin bersaiz 6.5-inci OLED dengan resolusi FHD+ (2400 × 1080 piksel). Selain itu, ia juga dilengkapi memori 8GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri sebesar 3800mAh. Seterusnya, tetapan kamera pula terdiri dengan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (kedalaman). Kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel.

Spesifikasi lain termasuklah – sokongan Bluetooth 5.1, port sambungan USB Type-C, sistem operasi Magic UI 4.0 berasaskan Android 10 dan lain-lain. Untuk harga Honor 5 dijual di China pada harga bermula ¥2099 iaitu sekitar RM1347 untuk seunit.

You might also like