
[TERTIRIS] : Imej Rekaan iPad Pro 2020 Kini Hangat Diperkatakan? Sokong 3 Lensa Utama?
Khas buat peminat iPad! Apple berkemungkinan memperkenalkan dua model iPad Pro pada bulan Mac 2020 – dijangka muncul dengan saiz 12.9″ dan 11″. Terkini, muncul berita tertiris mendedahkan bahawa beberapa imej pengolokan dan video telah bocor – ia dikongsi oleh Steve H.McFly atau lebih dikenali sebagai OnLeaks.
Memetik OnLeaks, model iPad Pro 2020 berkemungkinan memaparkan dimensi yang sama seperti dilihat pada model 2018. Pun begitu, Onleaks hanya berkongsi dimensi untuk iPad Pro 11″ sahaja – berkemungkinan muncul dengan dimensi 248 x 178.6 x 5.9mm (7.8mm termasuk benjolan kamera belakang).
Selain daripada itu, Apple juga dilihat merancang untuk memasang persediaan tiga kamera utama untuk model iPad kali ini – rekaan seakan – akan sama sepertiiPhone 11 Pro dan 11 Pro Max. Pun begitu, Onleaks tidak pula berkongsi mengenai material yang akan digunakan untuk badan kedua – dua model. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Apple akan melancarkan iPad Pro 2020 ini.
[ SUMBER ]







