
PUBG Corp Pamer Video Pasukan Anti Penipuan – Banteras Aktiviti Penipuan Demi Kepuasan Pemain!
Player Unknown Battlegrounds (PUBG) pastinya antara permainan mudah alih yang sangat popular pada ketika ini. Berusia lebih dari 2 tahun, pastinya memberikan pelbagai cabaran kepada permainan ini khususnya aspek penipuan ketika bermain.
Justeru PUBG Corp mengambil cakna dalam hal ini. Oleh itu, dalam satu video belakang tabir yang dikongsikan oleh PUBG Corp, mereka menunjukkan bagaimana mereka menangani penipuan ini.
Antara yang dikongsi adalah cara mereka mengesan perisian penipuan yang boleh dikenal pasti menerusi laporan dan sistem pengesanan terpasang.
Ekoran daripada masalah perisian penipuan ini, PUBG Corp telah membangunkan sistem sendiri bagi memastikan masalah ini dapat di atasi.

