Computex 2019: ASUS ROG Perkenal Aura Creator, Bantu Pengguna Hasilkan Lebih Banyak Kesan Pencahayaan

ASUS Republic of Gamers (ROG) telah mengumumkan bahawa Aura Creator,RGB-effect-editing software yang membolehkan pengguna untuk menghasilkan kesan pencahayaan yang baharu. ia sangat mudah digunakan bagi mereka yang baru mula dan menawarkan beberapa lapisan dan pengawalan yang lebih luas bagi memberikan pengalaman terbaik sebagai creator.

Dengan perisian terbaharu ini, pengguna lebih bebas untuk menghasilkan kesan pencahayaan yang sesuai dengan cita rasa mereka. Pada mulanya RG lighting ini adalah sangat mudah dengan disesuaikan, membenarkan pengguna menukar warna dan kesan bagi komponen komputer tertentu. Kemudian ROG menambah lagi dengan memasukkan fungsi reactive yang memberi respond terhadap muzik dan suhu peranti.

Pembangunan terbaharu ini mendorong kepada Aura Ready yang membuka sistem pencahayaan untuk pemaju menggunakannya untuk perisiannya. Antara muka Aura Creator ini diilhamkan oleh perisian rekaan video editing yang terkenal.

Aura Creator secara automatik akan mengesan peranti yang menyokong perisian ini dan memaparkannya. Bagi custom PC dan desktop yang dibina sendiri, komponen Aura disusun di dalam bentuk 2D bagi memudahkan penyuntingan.

komputer riba yang disokong perisian ini termasuklah ROG Strix Scar III G531/G731, ROG Strix Hero III G531/G731, ROG Zephyrus S GX502, dan ROG Zephyrus M GU502. Komponen PC lain yang boleh menyokong perisian ini termasuklah ROG Strix Flare and ROG Strix Scope keyboards, the ROG Gladius II Origin and ROG Gladius II Wireless mice, ROG Delta headset, dan ROG Balteus Qi mousepad.

Lebih banyak peranti dijangka akan menyokong perisian ini menjelang suku tahun ke-3 dan ini termasuklah ROG Gladius II and ROG Gladius II Origin PNK LTD gaming mice, ROG Strix Flare PNK LTD dan ROG Strix Flare Call of Duty keyboards, begitu juga dengan siri ROG and ROG Strix X570 motherboards. Menyokong bagi paparan gaming XG248Q and XG438Q begitu juga dengan grafik kad ASUS RTX 2060, 2070 and 2080.

Ia dijangka tersedia untuk dimuat turun pada Jun 2019. Jadi, sama-sama kita nantikan!!!

 

** Terima kasih atas Tajaan ASUS Malaysia ke Computex 2019

 

You might also like