Ketersediaan Xiaomi Mi A2 Lite Pada 18 Ogos – Berharga RM699

Selain Xiaomi Mi A2 yang hadir dengan 2 varian harga iaitu RM999 (4GB/64GB) dan RM1,199 (6GB/128GB), pihak Xiaomi juga akan menjual versi Lite iaitu Mi A2 Lite bermula 18 Ogos nanti.

Sama seperti Mi A2, peranti ini menyokong sistem operasi Android One Oreo 8.1, hadir dengan skrin lebih kecil iaitu 5.84 inci di bawah cip pemproses Qualcomm Snapdragon 625. Tawaran harga adalah RM699 bagi ruangan storan 32GB dan 3GB RAM.

Kamera juga mempunyai rekaan dwi lensa dengan 12MP + 5MP, manakala kamera hadapan beresolusi 5MP.

 

You might also like