
vivo Malaysia bersama Digi dalam menawarkan promosi menarik untuk semua pengguna Digi, salah satunya adalah pelanggan yang mendaftar pelan Digi Postpaid 58 akan dapat membeli vivo Y11D (bernilai RM499) hanya pada harga RM99!
Promosi ini bertambah hebat lagi dengan adanya panggilan tanpa had serta 10GB Internet! Wow memang berbaloi dimiliki!
vivo Y11D merupakan peranti yang ditanam dengan RAM 3GB dan ROM 32GB (sokongan microSD sehingga 256GB), melengkapkan lagi dengan cip pemproses Snapdragon 439 Octa-core, FunTouch OS 9.1 yang berasaskan Android 9.0, serta sokongan paparan skrin 6.35 inci.
Peranti yang berkapasiti 5,000mAh ini juga hadir dengan sokongan dwi-kamera 13MP + 2MP dan 8MP kamera swafoto, ia boleh didapati dalam 2 pilihan warna – Mineral Blue dan Agate Red. Layari laman rasmi Digi atau FB vivo Malaysia untuk maklumat lanjut.

