
Kolaborasi Liverpool FC Bersama EA Sports Memperkenalkan FIFA 20 Eksklusif Untuk Peminat Liverpool
Liverpool FC baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama mereka bersama pembangun permainan terkenal EA Sport FIFA, kolaborasi ini berasaskan jangka masa panjang dan menurut pihak berkenaan kerjasama ini bertujuan menawarkan peminat Liverpool lebih banyak hiburan dalam dunia bola sepak.
Berikutan kerjasama ini EA Sports akan membawa lebih kandungan khas untuk pasukan Liverpool, antaranya lencana kelab, kit baharu serta stadium Anfield.
Tarikh pelancaran FIFA 20 telah disahkan pada 27 September 2019, akan menyokong pada PlayStation 4, Nintendo Switch, Microsoft Windows dan Xbox One.
Sebelum ini kita layan dulu video trailer yang dikongsikan oleh FIFA.

