HONOR Mengacah – Bakal Bawa HONOR 20 Pro Ke Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi?

HONOR nampaknya sekali lagi membuat kejutan apabila dilihat mula mengacah orang ramai dengan perancangan mereka untuk membawa masuk satu lagi peranti baru ke pasaran tempatan – sebuah poster acah telah dikongsi menerusi Facebook rasmi.

Meskipun pihak HONOR masih berteka-teki mengenai model berkenaan namun ramai mula  membuat spekulasi ia jelas merujuk kepada HONOR 20 Pro – berdasarkan poster penggoda memaparkan skor penanda aras DxOMark sebanyak 111 mata.

[BACA HONOR 20 Pro Diperkenal – Sokong Kirin 980 + Kamera Utama 48MP + GPU Turbo 3.0 ]

Sedia maklum, HONOR 20 Pro berjaya menduduki tangga kedua tertinggi dalam penanda aras DxOMark dengan skor sebanyak 111. Dengan kiraan skor ini boleh dikatakan HONOR 20 Pro  adalah merupakan di antara smartphone dengan kebolehan kamera terbaik di pasaran.

Bagaimana? Anda rasa teruja? Buat masa ini, pihak HONOR masih berteka teki mengenai tarikh pelancaran rasmi. Mungkin kita bakal mengetahuinya dalam masa terdekat? Sama-sama kita tungu!

You might also like