Seagate Perkenalkan Hard Drive 10TB untuk Desktop Rumah!

943
- Iklan -

Seagate baru-baru ini telah memperkenalkan hard drive terbarunya The Guardian Series khusus untuk pengguna dekstop di rumah. BarraCuda Pro menawarkan kapasiti sebesar 10TB, ia membolehkan anda bermain permainan dan video 4K di rumah tanpa masalah.

Hard drive ini hanya memfokuskan kepada saiz yang besar pada saiz biasa iaitu 3.5 inci, ini membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak data pada desktop mereka, tanpa menggunakan banyak ruangan komponen dalam CPU.

SeagateWalaupun menyediakan kapasiti yang besar, hard drive ini hanya menawarkan kadar pembacaan biasa iaitu 7200rpm. Mungkin memori lebih besar ini dikhaskan kepada mereka yang terlibat dalam arena multimedia, terutamanya perlu menyimpan fail multimedia 4K yang biasanya bersaiz besar. Buat masa ini, peranti ini hanya diperkenalkan di Amerika Syarikat dengan harga USD 535 (kira-kira RM 2,166).