[Ura-Ura] : Sarung Pelindung HUAWEI Mate 30 Pro Muncul – ‘Penampakan’ Jelas Reka Bentuk Peranti

Kebocoran mengenai HUAWEI Mate 30 Pro sering menjadi perhatian. Terkini, imej didakwa memaparkan sarung pelindung model tersebut dikatakan telah muncul – sekaligus memberi penampakan lebih jelas mengenai reka bentuk bakal dibawa oleh peranti.

Memetik imej bocor, ia didapati bertentangan dengan ketirisan maklumat sebelum ini yang menunjukkan modul kamera segi empat tepat . Sebaliknya ia dilihat muncul dengan rekaan berbentuk bulat – terdapat potongan berbentuk bulat pada bahagian kamera utama.

[BACA :  HUAWEI Mate 30 Pro Bakal Dibina Dengan Kamera Segi Empat Tepat, Bukan Bulat? ]

Pada masa sama, imej tersebar turut memperlihatkan rekaan pada bahagian depan peranti – sejajar dengan apa kita lihat sebelum ini di mana ia menyertakan paparan dengan binaan yang unik. Jika diteliti, ia memiliki sudut lengkungan yang ketara. Selain itu, ia juga dilihat menyertakan rekaan takuk besar.

Walau bagaimanapun,  maklumat tertiris masih rumors semata-mata. Sekiranya desas-desus ini benar, apa pendapat anda? Kongsikan dengan kami! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

[SUMBER]

You might also like