
[Ura-Ura] : HUAWEI Mate 30 Pro Mungkin Didatangkan Dengan Dua Kamera 40MP?
Maklumat tertiris mengenai HUAWEI Mate 30 Pro telah didengari sejak minggu ke minggu. Memang tidak dinafikan, maklumat mengenainya mendapat perhatian daripada ramai pihak serata dunia.
Terkini, maklumat tertiris didakwa pendedahan mengenai konfigurasi HUAWEI Mate 30 Pro telah muncul di media sosial . Memetik sumber, peranti tersebut berkemungkinan mempunyai dua kamera dengan lensa 40MP – dilengkapi gabungan lensa 40 MP + 40 MP + 8 MP.

Sensor utama 40MP akan mempunyai saiz 1/1.5” dengan bukaan aperture sekitar f/1.6 – berkemungkinan didatangkan dengan lebih besar iaitu f/1.4. Sensor utama juga bakal ditambah dengan susun atur pixel RYYB – seperti pada HUAWEI P30 Pro. Ia juga bakal mempunyai ciri yang dinamakan Cine Lens yang boleh diaktifkan semasa merakam video.
I told you a few rumors about Mate 30 pro camera, IMO this is more possible.
40MP 1/1.5" sensor with f/1.6 – f/1.4 aparture, RYYB pixel layout and Cine lens features when taking video.
40MP 1/1.7" 120° ultrawide lens with cine lens features.
8MP tele 5X zoom#HuaweiMate30Pro pic.twitter.com/ac3ODQnqVV— Teme (特米)😷 (@RODENT950) July 31, 2019
Sumber berkata lagi, 40MP kamera yang lain bakal digunakan untuk foto sudut ultra-lebar – berkemungkinan boleh diperluaskan mencecah sehingga 120 darjah. Kamera ketiga pula adalah sensor 8MP dengan lensa telefoto – dikatakan bakal mempunyai sokongan 5X Zoom.
Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Nampaknya, HUAWEI sedang mengaturkan sesuatu luar biasa untuk penampilan model kali ini. Apa agaknya? Sama – sama kita nantikan! Jeng, jeng jeng!

