Bill Gates Hanya Membenarkan Anaknya Menggunakan Telefon Pintar Selepas Umur 14 Tahun

Masih mengungguli carta teratas sebagai manusia terkaya dunia, Bill Gates mencatatkan kekayaan yang semakin meningkat melalui syarikat induknya iaitu Microsoft. Pada umumnya, Bill Gates ini berketerampilan seperti orang biasa walaupun kekayaan yang dimiliki tidak menghalang anak-anaknya untuk menikmati kemewahan terutamanya berkaitan teknologi peranti mudah alih.

Namun menyedari bahawa kemajuan teknologi yang ada boleh memudaratkan golongan kecil, Bill Gates telah bertegas untuk hanya membenarkan anak-anaknya menggunakan telefon pintar selepas umur mereka mencecah usia 14 tahun.

Menurut The Mirror, Bill Gates sememangnya mengakui bahawa penggunaan telefon pintar dapat membantu pembelajaran ketiga-tiga anaknya. Bagaimanapun, dia tidak membenarkan penggunaan peranti mudah alih tersebut di meja makan, ataupun penggunaan lebih masa supaya waktu tidur anak-anaknya tidak terjejas.

Tambahnya lagi, dia juga melarang keluarganya membeli produk Apple kerana tidak mahu menguntungkan pesaingnya kerana kekayaan keluarganya datang dari Microsoft sendiri. Sehingga kini, kekayaan Bill Gates telah mencatatkan sebanyak RM375.2 billion, dan angka tersebut dijangka akan terus meningkat setiap hari.

You might also like