Reka Bentuk & Ciri Utama Redmi K20 Terdedah – Tiga Kamera Utama + Pengimbas Cap Jari Pada Skrin

Sedia maklum, Redmi K20 bakal dipersembahkan kepada umum pada 28 Mei kelak. Redmi dijangka memperkenalkan dua model di bawah ‘keluarga’ ini – Redmi K20 dan Redmi K20 Pro. Menjelang pelancaran, sikit demi sedikit ciri-ciri utama mengenai Redmi K20 mula terdedah.

Terbaru, reka bentuk peranti ini mula muncul di internet. Memetik imej tersebar, model ini dijangka membawakan reka bentuk dan kemasan yang memukau. Jika diteliti, terdapat efek menarik pada rekaan tersebut – ramai membuat spekulasi efek ini akan berubah mengikut sudut pandangan.

Selain itu, peranti ini dilihat membawakan tiga kamera utama – disusun secara vertikal pada bahagian tengah. Kamera pertama diposisikan pada kedudukan berasingan daripada dua yang lain. Menariknya, kamera pertama mempunyai gelung emas di sekelilingnya. Manakala, dua yang lain diposisikan dalam ‘rumah’ berwarna hitam. Terdapat LED Flash – diletakkan di bawah kamera.

Berdasarkan maklumat tersebar, model ini mungkin menggunakan panel AMOLED. Membawakan rekaan pop-up menempatkan kamera swafoto 20MP, kamera utama 48MP, sokongan pengimbas cap jari pada skrin generasi ke-7, rakaman gerak perlahan 960fps dan bateri 4,000 mAh.

Walau bagaimanapun,  maklumat tertiris masih lagi rumors. Apa sebenarnya kejutan Redmi untuk kali ini? Sama-sama kita tunggu kemunculan rasmi tuan empunya badan sendiri pada 28 Mei depan [SELASA]. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

[SUMBER]

You might also like