
Xiaomi Mi Band 5 Bakal Hadir Dengan Kawalan Kamera & Bayaran NFC?
Terdapat satu lagi maklumat tertiris mengenai peranti dari Xiaomi iaitu Mi Band 5 yang mana ia bakal hadir dengan 7 fungsi menarik antaranya adalah kawalan kamera, bayaran NFC dan penjejak kesihatan wanita.

Keupayaan peranti ini pasti mengejutkan anda dengan fungsi yang ditampilkan. Berikut adalah fungsi yang dikatakan bakal tampil pada Mi Band 5.
- Skrin dynamic OLED yang lebih besar
- Pengecasan magnet
- NFC UnionPay dan QuickPass
- Kawalan kamera
- Naiktaraf Professional sensor
- 11 professional sports modes
- Penjejak kesihatan wanita baharu
Betul atau tidak? Perlu kita nantikan ketika ia dilancarkan kelak.

