Kehandalan IIoT Microland Peroleh Status Penyepadu Sistem Global PTC

BENGALURU, India; LONDON dan ATLANTA, 10 Jun 2020 /PRNewswire/ — Hari ini, Microland mengumumkan kemasukannya dalam senarai elit PTC Inc bagi Penyepadu Sistem dan Perunding Pengurusan Global, satu ekosistem yang terdiri daripada pakar transformasi digital dan pemimpin pemikiran inovasi perindustrian. Pengiktirafan ini merupakan satu pengesahan kepada tumpuan penuh azam Microland terhadap transformasi digital rentas-industri.

Microland
Microland

“Hubungan strategik Microland dengan PTC telah membolehkan kami untuk mempercepatkan perjalanan transformasi digital Industri 4.0 pelanggan kami. Dengan memanfaatkan platform ThingWorx® PTC, kami telah membina penyelesaian IoT Perindustrian yang pintar, terhubung dan bersepadu untuk beberapa pelanggan kami. Kepakaran integrasi IT-IOT kami, berserta suit pengautomatan perindustrian PTC, memberi kuasa kepada penyelesaian IoT Perindustrian kami untuk memacu kecekapan yang lebih tinggi, meningkatkan produktiviti, mempertingkatkan pengalaman dan mengurangkan risiko operasi,” kata Manjanath Nayak, Naib Presiden Kanan – Ketua Perniagaan IoT Perindustrian Global, Microland.

Perniagaan IIoT Microland telah mendayakan beberapa perusahaan untuk menempuh laluan pantas bagi merealisasikan transformasi proses perindustrian. Penawaran daripada Microland di bawah talian perkhidmatan IIoT termasuk: Pemecut 3-Langkah (Penyelesaian diterajui PoC), Kilang Pintar Bersepadu, Pemantauan Perindustrian, Perusahaan Terhubung dan Perkhidmatan Terurus.

Microland telah bekerjasama dengan PTC sejak tahun 2017. Sepanjang tiga tahun yang lalu, kolaborasi PTC-Microland telah menyaksikan momentum penting menerusi beberapa penyelesaian yang dibangunkan bersama-sama yang digunakan dalam pelbagai penglibatan pelanggan.

“Microland telah menunjukkan pemikiran yang inovatif dalam pembangunan penyelesaian sekitar platform kami dan telah terbukti dalam penglibatan pelanggan yang paling mencabar,” kata Rajkiran Chakkalongara, Pengarah Kanan & Ketua, Perniagaan IOT/AR, PTC, India.

Jurutera perindustrian dan perisian Microland, bekerja bersama-sama perunding penyelesaian, menyampaikan pemikiran dan inovasi sistem IIoT bercita-cita tinggi, menggunakan analitik dan kecerdasan buatan bagi memacu operasi yang boleh diramal dan membuka peluang baharu. Tumpuannya adalah untuk membolehkan perusahaan mengatasi cabaran perindustrian yang rumit melalui pemikiran sistem IIoT dan pemprototaipan yang pantas bagi mencapai aliran kemenangan pantas yang stabil dengan pelaburan minimum.

Ravi Asrani, Naib Presiden Kanan, Penyepadu Sistem & Perundingan Pengurusan Global, PTC menambah, “PTC menghargai keupayaan integrasi sistem Microland dalam sektor-sektor industri dan kebolehannya dalam menyampaikan hasil perniagaan bernilai tinggi. Kami dapat bersama-sama menunaikan janji transformasi yang dibawa oleh IIoT kepada dunia.”

Kejayaan perkongsian ini mencakupi pelbagai geografi dan vertikal industri — satu contohnya ialah kejayaan pelaksanaan pembuatan pintar untuk TRL Krosaki Refractories, salah satu pengeluar refraktori yang terbesar di India.

Kumar Heramba Narayan Naik, Ketua Pegawai Maklumat, TRL Krosaki, berkata, “Kami telah memulakan program memodenkan kemudahan pembuatan kami dengan memanfaatkan penyelesaian IoT Perindustrian dengan objektif utama untuk meningkatkan kualiti bata refraktori.

Microland memainkan peranan penting dalam kejayaan program pemodenan ini. Dengan pendekatan dipacu hasil, Microland membantu kami membangunkan kes perniagaan dan mendemonstrasikan kepakaran integrasi sistem yang kukuh dalam IT, OT dan Analitik. Mereka menerajui program untuk melaksanakan ThingWorx® PTC lantas menghasilkan keterlihatan operasi masa sebenar, aliran kerja digital dan penjejakan prestasi aset yang membawa kepada proses membuat keputusan yang lebih pantas, pengurangan kerosakan dan tenaga kerja yang cekap.”

Latar Belakang Microland 

Penyampaian digital oleh Microland dan “Digital Jadi Kenyataan” (“Making Digital Happen”) membolehkan teknologi melakukan lebih banyak perkara dan kurang memberikan gangguan. Kami menjadikannya lebih mudah untuk perusahaan menerima pakai infrastruktur Digital generasi seterusnya (nextGen). Kami menjayakan usaha ini dengan menggunakan kepakaran kami dalam Awan dan Pusat Data, Rangkaian, Tempat Kerja Digital, Keselamatan Siber dan IoT Perindustrian—bagi menjamin penerimaan kecemerlangan boleh diramal, andal dan stabil.

Dalam dunia yang terkesan oleh COVID, Microland merealisasikan digital untuk perusahaan dengan tumpuan khusus terhadap perkhidmatan yang lebih relevan kepada pelanggan dan prospek kami berbanding sebelum ini:

  • Perkhidmatan Tempat Kerja Moden: Membolehkan kerja-dari-rumah melalui VDI, atas-meja-sebagai-satu-perkhidmatan, pengurusan titik akhir seragam dan pelancaran & penerimaan instrumen kolaborasi
  • Rangkaian Perkhidmatan: Menyokong “kebiasaan baharu” bekerja dengan mereka bentuk, menggunakan dan menskalakan infrastruktur rangkaian termasuk VPN dan pelancaran LAN & WAN tentuan Perisian
  • Perkhidmatan Awan: Mempercepatkan perjalanan transformasi digital dengan mendayakan penggunaan awan hibrid bagi menyokong beban kerja kritikal serta menjamin kelangsungan perniagaan
  • Pusat Operasi Keselamatan Pintar: Pusat Operasi 24x 7 memantau semua titik sepanjang perjalanan digital bagi memastikan pelanggan dilindungi dalam usaha mereka untuk menyokong dunia dalam peralihan
  • Perkhidmatan Keselamatan Perindustrian: Mewujudkan saluran sambungan mantap dengan aset pengeluaran jarak jauh dan parameter persekitaran bagi meningkatkan keselamatan operasi dan mengurangkan risiko serta pendedahan.

Diperbadankan pada tahun 1989 dan beribu pejabat di Bengaluru, India, Microland mempunyai lebih daripada 4,500 pakar digital di pejabat dan pusat penghantaran di Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara.

Baca lebih lanjut di sini: https://www.microland.com/

ThingWorx ialah tanda dagangan berdaftar PTC Inc. di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/06/kehandalan-iiot-microland-peroleh-status-penyepadu-sistem-global-ptc.jpg

Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Awards Contracts New products/services Data Analytics

Source: PRNEWSWIRE

You might also like