Reviu Eksklusif: Perform Atau Tak ASUS TUF Gaming A15 Dengan Pemproses AMD Ryzen?

Pasti semua mengetahui bahawa ASUS TUF Gaming ini dihadirkan dengan pemproses yang berkuasa iaitu AMD Ryzen 7 – 4800H. Namun, korang mesti nak tahu kan sejauh mana kekuasa peranti ini? Jom baca!

Rekaan Yang Kemas!

Sebelum mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peranti ini, kita lihat dlu rekaan peranti ini yang mencolok mata. Reka bentuk yang tampak gagah dan dihadirkan dengan logo TUF di bahagian balakang membuatkan ia tampak kemas. Sangat seksi!!! Tak percaya? Tengok laa sendiri!!

Paparan 144Hz Memang terbaik!!!

Kalau nak tahu, ASUS TUF Gaming ini menggunakan panel IPS 15″ dan dihadirkan dengan kadar segar semula 144Hz!! Lebih menarik, ia tampil dengan MAD FreeSync yang dapat mengurangkan latensi. Jadi, tontonan anda tiada lag dan kualiti sangat menakjubkan. Sepanjang kami menggunakan peranti ini, memang khusuk giler laa!!

Pemproses AMD Ryzen Memang Perform!!

Apa yang menjadi sorotan peranti ini adalah kekuasaan pemprosesnya apabila ia dihadirkan dengan AMD Ryzen 7 – 4800H dengan teknologi 7nm yang sangat maju. Dengan 8 cores membolehkan ia untuk melaksanakan 16 threads. Jadi tak ada masalah kalau korang nak buat untuk multi tasking. Memang smooth!

Lebih menarik, ia dihadirkan dengan GeForce RTX 2060 yang mana ia menjanjikan kualiti grafik yang sangat baik khususnya ketika bermain game. Memang puas kalau korang main guna peranti ini!!

Bunyi Memang On Point!!

Nak main game, bunyi pon kena laa power kan!!! Korang tak perlu risau, sebab kami dah cuba speaker pada ASUS TUF Gaming A15 ini!! Memang best!! Sebab dia dihadirkan dengan 2 pembesar suara yang dipertingkatkan dan 4 reka bentuk lubang terbuka. Berbanding dengan generasi sebelumnya, volumenya meningkat 1.8 kali, dan bass ditingkatkan sebanyak 2.7 kali.

Lebih menarik ia dihadirkan dengan DTS: X Ultra menghasilkan bunyi yang lebih menyeluruh. Jika anda memakai headphone, kualiti audio yang dipamerkan sangat mengujakan!!!

Armory Crate Yang Super Awesome!

Bagi memudahkan penggunaan, ASUS TUF Gaming A15 ini tampil dengan Armory Crate. PElbagai fungsi dihadirkan antaranya Turbo, Performance dan Silent. Dengan mungsi yang pelbagai ini dapat menyesuaikan dengan penggunaan komputer riba anda. Jadi sistem aliran haba dari komputer anda akan lebih baik dan tiada bunyi bising.

Bukan itu sahaja, anda boleh mengawal beberapa fungsi lain antaranya warna pencahayaan papan kekunci dan profil senario.

Apa Kata Editor!

Secara keseluruhan, komputer riba ini memperlihatkan presrtasi yang mengagumkan sama ada dari aspek pemproses, tontonan mahupun kawalan yang sangat mudah. Rekaan yang memang cantik menambahkan lagi sebab mengapa anda perlu membelinya.

You might also like