
Folioscope
Sekiranya anda suka menghasilkan animasi, muat turun Folioscope yang membolehkan anda untuk melakar imej dan menukarnya menjadi animasi. Hanya ikuti sahaja tutorial mudah yang disediakan di dalam aplikasi, selepas itu anda boleh kongsikan animasi anda dengan ahli komuniti. Lebih menarik adalah anda boleh menyertai pelbagai pertandingan animasi yang diadakan dan bertanding dengan pakar, melalui cara ini anda boleh menyerap idea dan kemahiran baru. Aplikasi ini boleh digunakan bersama Apple Pencil dan juga menyokong fungsi 3D Touch.
Muat Turun

