Reviu Eksklusif: Sony Xperia XZ, Siri Xperia Paling Berkuasa Menampilkan Pemproses Qualcomm Snapdragon 820

sony-xperia-xzHARGA: RM 2,699

 

Seperti yang pembaca di luar sana sedia maklum, Sony Malaysia telah mengesahkan bahawa peminat peranti Sony Xperia di negara ini tidak akan menerima model Sony Xperia X Performance. Ini berikutan daripada tiga model terbaru dari siri Xperia X iaitu X, XA dan juga XA Ultra sudahpun boleh dimiliki di negara ini. Walau bagaimanapun, model tertinggi iaitu Xperia X hanya menyokong pemproses kelas pertengahan sahaja. Nampaknya para peminat setia jenama ini sudah boleh memiliki siri Xperia X paling berkuasa pernah diperkenalkan dengan kemunculan rasmi model Sony Xperia XZ yang mempertaruhkan pemproses Qualcomm Snapdragon 820.

SPESIFIKASI

spec

 

PAKEJ PEMBELIAN

Kotak Pembungkusan

davdav

Aksesori

pic-2-aksesori

 

WARNA KERANGKA

Tiga Warna Pilihan

tiga-warna-pilihanSony Xperia XZ menampilkan tiga warna pilihan yang boleh anda miliki di pasaran tempatan iaitu Forest Blue, Mineral Black ataupun Platinum. Sebagaimana siri Xperia X sebelum ini, keseluruhan warna kerangka tampil dengan sentuhan warna yang sama iaitu di bahagian panel depan, sisi dan juga panel belakangnya.

• (Kiri) Mineral Black, Platinum dan Forest Blue

 

Logam ALKALEIDO

logam-alkaleidoApabila melihat dan menyentuh sendiri Sony Xperia XZ, jelas dapat dilihat kelainan pada sentuhan kemasan kerangka logam unibodi yang digunakannya. Pada pendapat kami, sentuhan panel belakangnya yang diperbuat daripada logam ini terasa agak unik dan premium, berbeza dari peranti unibodi logam yang lain. Ini kerana bahagian panel belakangnya telah menerima sentuhan istimewa daripada logam ALKALEIDO yang kelihatan sangat berkilat dan menampilkan efek yang sangat menarik apabila terkena cahaya.

 

4 KEISTIMEWAAN SONY XPERIA XZ

#1. Kalis Air & Kalis Debu

1-kalis-air-kalis-debuSony Xperia sememangnya sangat terkenal sebagai salah satu daripada pengeluar yang sering menampilkan sokongan fungsi kalis air pada peranti keluarannya. Bahkan Sony Xperia juga merupakan pengeluar smartphone kalis air pertama di dunia dengan kemunculan model Sony Xperia Z pada tahun 2013 dengan pengiktirafan IP57. Nampaknya kehebatan sokongan fungsi kalis air dan juga kalis debu pada Sony Xperia XZ telah dipertingkatkan melalui pengiktirafan IP68 yang mampu menawarkan fungsi kalis debu atau habuk sepenuhnya, dan juga mampu bertahan di dalam air sedalam 1.5 meter untuk tempoh maksimum selama 30 minit.

#2. Teknologi Pengecas Pantas

2-teknologi-pengecas-pantasWalaupun menyokong kapasiti bateri di bawah 3000 mAh, Sony Xperia XZ yang dikuasakan oleh pemproses terbaru Qualcomm Snapdragon 820 telah dilengkapi dengan sokongan teknologi pengecas pantas yang terkini iaitu Quick Charge 3.0. Berdasarkan kepada kenyataan rasmi, Quick Charge 3.0 berupaya mengecas bateri sehingga 80% dalam tempoh 35 minit sahaja. Namun begitu, sangat mengecewakan kerana Sony Xperia XZ hanya didatangkan dengan adapter pengecas biasa yang menyokong output setakat 5V/1.5A sahaja di dalam pakej pembeliannya.

#3. Teknologi Qnovo Adaptive Charging

3-teknologi-qnovo-adaptive-chargingSelain daripada teknologi pengecas pantas, Sony Xperia XZ juga turut dilengkapi dengan teknologi Qnovo Adaptive Charging yang mampu membantu memanjangkan jangka hayat bateri sehingga dua kali ganda berbanding biasa. Dengan sokongan teknologi ini, arus pengecasan akan ditala dan dipantau secara automatik bagi mengelakkan kerosakan pada bateri. Manakala fungsi Battery Care pula mampu mengawal proses pengecasan berdasarkan kepada habit pengguna yang gemar mengecas semalaman, di mana proses mengecas akan dihentikan pada 90% dan proses mengecas hanya akan disambung apabila ianya diperlukan.

#4. Teknologi Baharu Kamera

4-teknologi-baharu-kameraKeupayaan lensa Sony Exmor RS IMX300 pada Xperia XZ ini telah dipertingkatkan keupayaannya dengan dua teknologi baharu iaitu Triple Image Sensing dan juga sistem penstabilan 5-axis. Teknologi Triple Image Sensing telah memperlihatkan gabungan Predictive Hybrid Auto Focus, Laser Auto Focus dan juga RGBC-InfraRed Sensor bagi memastikan hasil gambar yang bebas kabur dan juga talaan warna yang lebih asli dalam apa jua situasi. Manakala sistem penstabilan 5-axis pula mampu membantu rakaman video yang lebih stabil walaupun ketika berjalan atau merekod gambar objek yang sangat dekat.

 

FIZIKAL

davPaparan Skrin 2.5D

Penggunaan paparan skrin jenis 2.5D pada Xperia XZ telah berjaya menyerlahkan penampilan panel depannya yang didominasi oleh paparan skrin tahan lasak daripada Corning Gorilla Glass 4. Namun begitu, saiz bezel pada sisi skrin boleh dianggap agak besar iaitu melebihi 2mm jika dibandingkan dengan standard peranti premium yang lain di pasaran.

 

 

pro-camBezel Atas

Pada bahagian ini boleh ditemui lubang earpiece dengan kemasan gril yang diperbuat daripada logam, yang mana ia juga berfungsi sebagai salah satu daripada speaker stereo pada Xperia XZ. Di sebelah kanannya telah menempatkan sensor proximity, manakala di sebelah kananya pula telah dilengkapi dengan lensa 13 Megapiksel auto fokus dan juga LED notifikasi.

pro-camBezel Bawah

Walaupun saiz bezel di bahagian bawah Xperia XZ ini agak besar, ia tidak dilengkapi dengan sebarang butang kawalan Android, sebaliknya hanya dilengkapi dengan satu lagi speaker stereo. Sama seperti lubang earpiece, lubang speaker di bahagian bezel bawah ini juga tampil dengan rekaan yang sama sahaja.

pro-camLensa Kamera

Lensa kamera Xperia XZ kelihatan sedikit berbeza penampilannya jika dibandingkan dengan lensa kamera siri Xperia sebelum ini. Ini kerana ia hadir dengan teknologi Triple Image Sensing yang menggabungkan kehebatan Predictive Hybrid Auto Focus yang terdapat pada sensor Sony Exmor RS IMX300, Laser Auto Focus dan juga RGBC-InfraRed Sensor.

pro-camSlot Kad

Jika panel depan diperbuat kaca dan panel belakang diperbuat daripada logam, bahagian sisi kerangka Xperia XZ pula sebenarnya diperbuat daripada polikarbonat. Penggunaan kerangka sisi polikarbonat ini jelas dapat dilihat apabila anda membuka slot kad yang terdapat pada sisi kiri kerangka. Terdapat dua slot kad nanoSIM disediakan dan slot kad SIM kedua juga boleh digunakan sebagai slot kad microSD.

Butang Kawalan

pro-camSisi kanan Xperia XZ pula telah menempatkan sebanyak tiga butang kawalan fizikal iaitu butang kuasa, butang melaras volume dan juga butang dedikasi kamera. Apa yang menariknya, butang kuasa ini juga sebenarnya turut menempatkan sensor pengimbas cap jari. Namun berdasarkan pengalaman editor sepanjang menggunakan peranti ini, kedudukan butang volume dan butang kamera adalah kurang praktikal.

pro-camPort Audio & USB

Bahagian atas kerangka masih mengekalkan penyediaan port standard jenis 3.5mm audio jack dan juga sebuah lubang mikrofon. Sungguhpun begitu, agak mengecewakan kerana tiada set earphone disediakan dalam pakej pembelian. Manakala bahagian bawah kerangka pula disediakan dengan lubang mikrofon dan juga port USB Type-C dengan sokongan teknologi pengecas pantas.

 

XPERIA UI

pro-camLockscreen

Antaramuka lockscreen menampilkan paparan yang ringkas tetapi praktikal. Selain memaparkan jam digital yang besar, ia turut mengekalkan ruangan status bar dan juga dua ikon pintas iaitu Google Voice dan juga Kamera.

 

 

pro-camHomescreen

Paparan homescreen masih dikekalkan dengan penggunaan kemasan ikon bulat sama seperti Xperia X. Namun begitu, kini tetingkap paling kiri menempatkan antaramuka khas iaitu Google Now.

 

 

 

pro-camNotification Area & Quick Settings

Penampilan ruangan notifikasi dan juga ikon tetapan pantas pada Xperia XZ masih mengekalkan rekaan asal pada Android 6.0 Marshmallow. Untuk memaparkan Quick Settings dengan lebih mudah, anda boleh meleretkan dua jari ke bawah.

 

 

pro-camPemain Muzik

Antaramuka pemain muzik yang ditawarkan oleh Sony Xperia XZ sememangnya kelihatan sangat menarik kerana ia diintegrasikan terus dengan Spotify. Bahkan ia juga dilengkapi dengan pelbagai tetapan audio berkualiti seperti DSEE HX, ClearAudio+ dan sebagainya.

 

 

pro-camPemain Video

Sama seperti pemain muzik, pemain video pada Xperia XZ juga menawarkan fungsi yang sangat baik. Antara fungsi praktikal yang disediakan termasuklah keupayaan memainkan video secara background, perkongsian video dan juga menyokong subtitle.

 

 

pro-camKamera

Antaramuka kamera agak ringkas tetapi praktikal kerana anda hanya perlu meleretkan jari ke kiri atau ke kanan untuk menukar mod kamera, dan meleretkan jari ke atas atau ke bawah untuk bertukar antara lensa utama ataupun selfie.

 

 

 

ZON UJIAN

Sebelum membuat keputusan untuk memiliki sesebuah smartphone, perkara tipikal yang sering diambil kira oleh pembeli adalah perbandingan dengan model lain yang dijual pada harga yang setanding dengan model yang akan dibeli. Jadi untuk itu, kami telah memilih tiga model dari jenama popular yang boleh didapati di pasaran tempatan pada harga yang setanding. Model yang dipilih adalah HTC 10, LG G5 dan juga Samsung Galaxy S7. Berikut adalah beberapa jenis ujian berbeza bagi keempat-empat model tersebut:

PERBANDINGAN HARGA JUALAN

harga-jualan

  • Sony Xperia XZ            • HTC 10                    • LG G5                    • Samsung Galaxy S7
  • RM 2,699                    • RM 2,799                 • RM 2,699               • RM 2,699

 

ZON UJIAN 1: PAPARAN SKRIN

skrin

Sony Xperia XZ
5.2 inci IPS LCD
1080 x 1920 piksel
424 ppi
Corning Gorilla Glass 4

HTC 10
5.2 inci Super LCD5
1440 x 2560 piksel
565 ppi
Corning Gorilla Glass 3

LG G5
5.3 inci IPS LCD
1440 x 2560 piksel
554 ppi
Corning Gorilla Glass 4

Samsung Galaxy S7
5.1 inci IPS LCD
1440 x 2560 piksel
577 ppi
Corning Gorilla Glass 4

ZON UJIAN 2: KEKUATAN AUDIO

audio

ZON UJIAN 3 : BATERI

bateri
Masa Mengecas 10% – 100% menggunakan adapter 5V1.5A

masa-mengecas-5v1

  1. Bateri mula dicas pada jam 10 pagi dengan peratusan bateri berbaki 10%
  2. Selepas 1 jam dicas, peratusan bateri telah naik sebanyak 47% kepada 57%
  3. Selepas 2 jam dicas, peratusan bateri telah naik sebanyak 82% kepada 92%
  4. Peratusan bateri mencapai 100% selepas 2 jam 31 minit dicas

 

Masa Mengecas 10% – 100% menggunakan adapter 5V2A / 9V1.2A / 12V1A
(Pengecas Pantas)

masa-mengecas-5v2

  1. Bateri mula dicas pada jam 10.30 pagi dengan peratusan bateri berbaki 10%
  2. Selepas 1 jam dicas, peratusan bateri telah naik sebanyak 63% kepada 73%
  3. Selepas 2 jam dicas, peratusan bateri telah naik sebanyak 88% kepada 98%
  4. Peratusan bateri mencapai 100% selepas 2 jam 9 minit dicas

 

ZON UJIAN 4 : PRESTASI BENCHMARK

Sony Xperia XZ
Qualcomm Snapdragon 820
Adreno 530
64GB eMMC
3GB LPDDR4

HTC 10
Qualcomm Snapdragon 820
Adreno 530
32GB eMMC
4GB LPDDR4

LG G5
Qualcomm Snapdragon 820
Adreno 530 @
32GB UFS
4GB LPDDR4

Samsung Galaxy S7
Samsung Exynos 8 Octa 8890
Mali-T880 MP12
32GB UFS
4GB LPDDR4

benchmark

 

ZON UJIAN 5 : KEPANTASAN KAMERA

Sony Xperia XZ
• 23 MP
• Aperture f/2.0
• PDAF + Laser AF
• EIS

HTC 10
• 12 MP
• Aperture f/1.8
• Laser AF
• OIS

LG G5
• 16 MP + 8  MP
• Aperture f/1.8 + f/2.4
• Laser AF
• OIS

Samsung Galaxy S7
12 MP
• Aperture f/1.7
• Dual Pixel AF
• OIS

kamera

 

HASIL GAMBAR

pic-1-indoor
Indoor
pic-2-makro
Makro
pic-3-malam
Malam
pic-4-outdoor
Outdoor
PRO
  • Reka bentuk yang menarik dengan kemasan logam yang sangat premium.
  • Sokongan IP68 membolehkan Sony Xperia XZ digunakan di dalam air untuk tujuan mengambil gambar atau merekod video.
  • Berbeza dengan kebanyakan smartphone premium yang lain, Sony Xperia XZ yang dilengkapi dengan memori dalaman sebesar 64GB masih lagi disediakan dengan slot kad microSD sehingga 256GB.
KONTRA
  • Walaupun dijual pada harga premium, pakej pembelian Sony Xperia XZ sangat mengecewakan kerana ia tidak didatangkan dengan adapter pengecas pantas dan juga set earphone.
  • Sokongan speaker stereo di bahagian panel depan Sony Xperia XZ boleh dianggap antara yang paling lemah tahap kekuatannya walaupun dibandingkan dengan smartphone dengan sokongan speaker mono.
  • Kamera beresolusi 23 Megapiksel tidak dilengkapi dengan teknologi penstabilan imej OIS, dan kualiti hasil gambarnya adalah kurang memuaskan jika dibandingkan dengan smartphone lain yang menyokong resolusi kamera yang lebih rendah.

 

 

 

You might also like