Digi Umumkan Pemenang ‘Challenge for Change’ Edisi Ke-7

Quah Yean Nie (Digi¡¯s Head of Communications & Sustainability) dua dari kiri bergambar bersama tiga pemenang DigiCFC7, (dari kiri) Yong Wei Shian, Mohd Zuhari bin Zulkiflee dan Mazlan Alam Malik.
Quah Yean Nie (Digi¡¯s Head of Communications & Sustainability) dua dari kiri bergambar bersama tiga pemenang DigiCFC7, (dari kiri) Yong Wei Shian, Mohd Zuhari bin Zulkiflee dan Mazlan Alam Malik.

Bertempat di Kuala Lumpur, Digi telah mengumumkan tiga pemenang bagi acara tahunan ‘Challenge for Change’ edisi ke-7 (DigiCFC7) dengan #IdeaJam yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM 5,000. Tahun ini sebanyak 250 idea yang diterima pada peringkat awal dan hanya 30 yang terbaik sahaja terpilih untuk ke peringkat seterusnya.

Ketiga-tiga pemenang ini akan ke fasa seterusnya dalam cabaran tersebut, di mana akan dijemput untuk menyertai dan membina idea-idea ke dalam aplikasi mudah alih sepenuhnya. Tahun ini, program DigiCFC7 (www.digicfc.my) menumpukan kepada aplikasi mudah alih yang praktikal dalam menangani isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada kanak-kanak, wanita serta belia. Pemenang utama akan menerima wang tunai berjumlah RM 50, 000, manakala hadiah untuk Usaha Terbaik bernilai RM 25,000 yang akan diumumkan pada November 2016.

30 orang peserta yang telah disenarai pendek oleh Digi dalam program DigiCFC7
30 orang peserta yang telah disenarai pendek oleh Digi dalam program DigiCFC7

Di antara tiga pemenang yang diumumkan oleh Digi adalah:

  • Mazlan Alam Malik

People Good day – Aplikasi pembiayaan untuk memenuhi keperluan perubatan dari orang-orang yang keluarganya tidak mampu membayar kos perubatan dan pemulihan yang tinggi.

  • Mohd Zuhairi b. Zulkiflee

EDDY – Aplikasi pendidikan yang membolehkan golongan cacat pendengaran dan pencakapan untuk mempelajari bahasa isyarat dengan kaedah yang lebih menghiburkan.

  • Yong Wei Shian

FoodNinja Inovasi – Sebuah aplikasi yang menggalakkan pengurangan pembaziran kayu dengan menyalurkan makanan belum habis kepada waris yang berkaitan.

Rakan kerjasama Digi di dalam program DigiCFC7 termasuk Google, Microsoft, Facebook, Children’s Rights & Emergency Relief Organization (Unicef), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan juga Empowering the Spirit of Entrepreneurship (MaGIC).

 

You might also like