Pra-Tempah ZTE Blade V8 Di Malaysia – Bermula Hari Ini Hingga 20 April 2017!

Menjadi fenomena apabila setiap pengeluar telefon pintar berlumba-lumba untuk memperkenalkan sistem dwi-kamera pada peranti masing-masing. Jadi, ZTE juga mengadakan kempen pra-tempah bagi model baharu mereka iaitu ZTE Blade V8 bermula hari ini hingga 20 April 2017.

Peranti ini menerima sistem dwi-kamera 13MP menggunakan sensor Sony IMX258, aperture sebanyak F/2.0 dan 2MP dengan fungsi flash. Kamera hadapan pula hadir dengan 13MP Sony IMX258 ditambah dengan Moon flash. Dioperasikan oleh Android Nougat terbaru serta dikuasakan oleh bateri sebesar 2730mAh.

Harga bagi ZTE Blade V8 ini pula ditawarkan pada RM999 dan mendapat pelindung peranti jenis TPU, pelindung skrin dan pelindung peranti boleh lipat secara percuma. Anda boleh membuat par-tempah di Lazada.

Jangan berlengah lagi!

 

You might also like