

Semenjak honor 6X dilancarkan pada bulan Februari yang lalu, penjualannya sehingga sekarang boleh dikatakan agak memberansangkan. Maka, honor Malaysia hari ini ada berita baik buat anda yang ingin mencari telefon pintar baharu.
Honor 6X kini ditawarkan pada harga RM999 (asal RM1,399) untuk varian 4GB / 64GB dan RM899 (asal RM1,199) untuk model 3GB / 32GB. Potongan harga yang dilakukan ini agak tinggi sehingga mencecah RM400 sebuah.

Peranti ini hadir dengan dwi kamera utama 12 Megapiksel dan 2 Megapiksel serta kamera depan 8 Megapiksel. Dilengkapi dengan paparan bersaiz 5.5 inci HD penuh dan pemproses Kirin 655 Octa-core, ia turut dijana oleh sebuah bateri berkapasiti 3,340mAh. Selain itu, kebolehan dwi SIM dan pengimbas cap jari juga didatangkan bersama.
Kepada anda yang berminat, boleh dapatkannya di kedai atas talian Vmall dan untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang rasmi honor Malaysia.
Baca juga : Reviu Eksklusif: Honor 6X, Telefon Pintar Bajet Dengan Kamera Dwi-Lensa

