

Berikutan beberapa pengguna yang mengadu mengalami masalah audio apabila mereka membuat panggilan menggunakan peranti iPhone 8 dan iPhone 8 Plus. Apple hari ini mengeluarkan satu kemas kini terbaru secara global termasuk pengguna di Malaysia.
Selain daripada itu, terdapat juga isu berkenaan gambar yang diambil disembunyikan dari penglihatan pengguna. Sementara, kemas kini ini juga membaiki masalah apabila membuka lampiran pada aplikasi e-mel.
Bagi menyelesaikan isu ini, para pengguna kini boleh memuat turun iOS 11.0.2 di peranti masing-masing. Untuk makluman, fail muat turun iOS 11.0.2 ini mengambil ruang kira-kira 277.1MB.

