
ASUS ZenFone 3 Zoom Mula Menawarkan Kemas Kini Android 8.0 Oreo

ASUS ZenFone 3 Zoom telah dilancarkan pada Januari, 2017 dan kali terakhir ia menerima kemas kini sistem operasi ialah pada September tahun lalu. ZenFone 3 Zoom juga dikatakan sebuah peranti berkamera yang paling baik pernah dihasilkan oleh ASUS. Maka, bagi menjadikan peranti ini lebih releven untuk digunakan di masa akan datang, pihak ASUS telah mengeluarkan satu kemas kini iaitu Android 8.0 Oreo.

Melalui Android 8.0 Oreo ini, pengguna masih lagi ditawarkan sistem antaramuka ZenUI 4.0 yang sama, cuma pada kali ini beberapa aplikasi pra-pasang telah telah dikurangkan sekaligus dilihat lebih kemas dan terurus. Dengan kemas kini versi 80.20.179.40, paparan ‘All Apps Menu’ kini boleh dilakukan dengan kaedah meleret keatas jari pada skrin.
Ketersediaan kemas kini terbaru ini dijangka akan dilepaskan secara berperingkat dan pengguna akan diberitahu melalui notifikasi dalam masa terdekat.

