
Lenovo kini mengadakan kempen istimewa, Hooray Raya bersempena memeriahkan lagi kedatangan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi. Promosi bermula HARI INI hingga 30 Jun 2019.
Pelbagai ganjaran dan hadiah menarik sehingga RM51,000 ditawarkan kepada pelanggan yang membeli produk Lenovo. Termasuklah, 3 unit Yamaha YZF-R15 (hadiah utama), kad hadiah IKEA dan baucar dompet STEAM.

Tidak hanya terhenti di situ, Lenovo juga hadir dengan tawaran menarik lain. Pelanggan yang membeli produk Lenovo IdeaPad, Yoga, Legion dan IdeaCentre terpilih juga akan menikmati penjimatan sehingga RM3,001. Promosi adalah seperti berikut :
| MODEL | HARGA PROMOSI |
| Lenovo IdeaPad 330s (14” and 15”) | Harga bermula RM1,799 |
| Lenovo IdeaPad 330 (15”) | Harga Bermula RM2,349 |
| Lenovo Yoga 530 (14”) | Harga Bermula RM2,359 |
| Lenovo Legion Y530 (15”) | Harga Bermula RM3,849 |
| Lenovo IdeaCentre AIO 520 | Harga Bermula RM2,496 |
| Lenovo IdeaCentre 310s | RM1,389 |
| Lenovo IdeaCentre 510 | RM2,539 |

