

Uber Malaysia hari ini melancarkan UberFLASH dan UberTAXI, dua perkhidmatan baru yang akan menyediakan lebih banyak pilihan penumpang di Lembah Klang, ia kini lebih selamat, dipercayai, dan berpatutan. UberFLASH akan memilih pemandu yang berdekatan sama ada mereka ialah uberX atau teksi yang dilantik. UberTAXI pula adalah perkhidmatan di mana teksi-teksi boleh ditempah melalui Aplikasi Uber.
Warren Tseng, Pengurus Besar Uber Malaysia dan Singapura, berkata: “UberFLASH dan UberTAXI memperluaskan konsep ridesharing dimana perkara ini baik untuk semua rakan kongsi pemandu, penunggang dalam bandar. Kami mahu menggunakan teknologi untuk memperuntukkan sumber-sumber yang ada di jalan raya semaksima yang mungkin, supaya kami dapat memberi perkhidmatan kepada lebih ramai penunggang dengan lebih banyak pilihan dan masa ketibaan yang lebih baik. Kami juga berharap untuk menawarkan lebih ramai rakan pemandu dengan peluang pendapatan yang fleksibel. Kami menyokong hasrat SPAD untuk meningkatkan landskap pengangkutan awam keseluruhan dan akan melakukan bahagian kami untuk memanfaatkan teknologi dan memastikan pengalaman berkualiti untuk semua pengendali dan rakan kongsi pemandu. “
Turut hadir pada pelancarannya ialah Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan, Ketua Teksi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata, “Pelancaran perkhidmatan hari ini menunjukkan bagaimana teknologi boleh dimanfaatkan oleh mod pengangkutan awam tradisional. Kami dengan sukacitanya menerusi perkhidmatan ini bersama Uber Malaysia menyokong visi keseluruhan tentang sistem pengangkutan awam yang lebih mudah untuk diakses, bersepadu dan cekap demi kebaikan semua rakyat Malaysia. “
Mengulas kebimbangan mengenai kualiti dan pengalaman, Warren menjelaskan bahawa dengan UberFLASH dan UberTAXI, Uber tetap komited untuk memastikan pengalaman yang berkualiti untuk semua pengendali dan rakan kongsi pemandu. Syarikat e-hailing akan mengekalkan piawaiannya yang tinggi untuk rakan kongsi pemandu dan kenderaan yang dibenarkan pada aplikasi termasuk meminta pemandu meluluskan pemeriksaan latar belakang.
Semua tunggangan UberFLASH akan berharga sama seperti uberX dan penunggang akan dapat melihat tambang terdahulu sebelum meminta perjalanan. Penunggang UberFLASH akan dijanjikan masa menunggu yang lebih singkat kerana mereka boleh mengetahui kenderaan mana yang berhampiran dengan mereka, termasuk teksi. Bagi UberTAXI, harga meter akan ditetapkan sama rata dengan teksi teksi biasa.
Bagaimana untuk menggunakan UberFLASH dan UberTAXI? Ikuti langkah dibawah :

1. Buka aplikasi Uber. (sebelum itu kemas kini kepada versi terbaru)
2. Masukkan lokasi dan tetapkan titik angkut anda.
3. Pilih UberFLASH atau UberTAXI.
4. Tempah tunggangan dan tunggu.
5. Nikmati kadar yang sama UberFLASH seperti UberX.
6. Atau pilih UberTAXI dengan harga ditetapkan oleh SPAD.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Uber Malaysia

