Apple Bakal Hadir Dengan Kereta Jenama Sendiri Pada Tahun 2021?? Serius Laa??!!

Dalam satu laporan daripada media asing, projek kereta elektrik Apple dijangka akan keluar dua tahun lebih awal dan akan dilancarkan pada suku ketiga tahun 2021. Dilaporkan bahawa Apple telah secara diam-diam menguji puluhan kereta prototaip di jalan California, dan komponen yang berkaitan dari “Apple Electric Car” yang mana akan memulakan pengeluaran pada suku kedua tahun depan.

Walau bagaimanapun, tarikh pelancaran produk masih belum dapat dipastikan.

Apple masih akan terus meningkatkan jumlah kenderaan uji pandu sendiri. Pada masa ini, 66 kenderaan ujian memandu sendiri berdaftar dengan Jabatan Kenderaan Bermotor Negeri California.

You might also like