Samsung Galaxy Note20 Ultra Bakal Tampil Dengan Kadar Segar Semula Yang Boleh Diubah Kepada 120Hz?

Buat yang tak sabar menantikan kehadiran peranti siri Samsung Galaxy Note20 ada berita yang menarik. Dikhabarkan Samsung Galaxy Note20 Ultra bakal tampil dengan skrin dengan kadar segar semula yang boleh diubah dari 60Hz kepada 120Hz.

Perkara ini didedahkan menerusi akan Twitter milik Ice Universe.

Namun sejauh manakah kebenarannya? Harus kita nantikan ketika ia dilancarkan tidak lama sahaja lagi.

You might also like