U Mobile Menyambut Pokemon Go Dengan Hadiah Lumayan!!!

u mobilePelanggan U Mobile kini berpeluang memenang iPhone 6s apabila mereka bermain Pokémon Go dalam tempoh 2 minggu bermula dari 10 Ogos 2016 hingga 23 Ogos 2016. Selain daripada 10 unit iPhone 6s, U Mobile juga telah menyediakan kredit prabayar dan pascabayar bernilai RM42,000 serta powerbanks kepada pemenang pertandingan Power-Up For Pokémon Go.

Cara menyertai pertandingan:
  1. U Mobile akan memuat naik karakter Pokemon yang perlu anda tangkap pada hari tersebut di dalam laman Facebook, Instagram dan juga web rasmi syarikat sepanjang pertandingan berlangsung.
  2. Tangkap Pokemon yang diminta U Mobile dan screenshot hasil tangkapan anda. Kemudian muat naik gambar tersebut ke Instagram dengan menggunakan hashtag #pokeonz dan #Umobile. Anda juga harus menggunakan caption kreatif yang bermula dengan ‘I want to Power-Up for Pokémon Go with U Mobile because ______________’.
  3. U Mobile akan pilih35 pemenang harian berdasarkan caption yang kreatif.
  4. 5 pemenang harian akan menerima powerbank.
  5. 30 pemenang harian akan menerima kredit RM 100 (untuk pra-bayar dan pasca-bayar).
  6. Pada penghujung pertandingan, 10 pemenang utama akan dipilih dari kumpulan pemenang harian, setiap seorang pemenang hadiah utama akan menerima satu unit iPhone 6S.
Pemenang akan diumumkan melalui Facebook, Instagram dan laman web U Mobile.
You might also like