Apple Membeli Projek Emotient

BN-LZ884_0107ap_M_20160107124310

Baru-baru ini Apple telah membeli satu projek teknologi yang sangat menarik, ianya dikenali sebagai Emotient. Projek startup itu menggunakan teknologi artificial intelligence untuk mengenal pasti emosi anda dengan menganalisis riak wajah.

Langkah itu jelas mencetuskan pelbagai spekulasi dari pelbagai pihak, namun Apple masih belum mengumumkan apakah yang akan dilakukan dengan teknologi tersebut.

Sebelum ini Emotient digunakan para doktor untuk mengenal pasti reaksi pesakit yang tidak mampu memberikan respon secara verbal, ia juga digunakan di dalam industri pengiklanan untuk mendapatkan reaksi pengguna secara pasif.

You might also like