ValueLabs menang Anugerah Inovasi Teknologi Kewangan Global IBSI

HYDERABAD, India, 21 Disember 2020 /PRNewswire/ — ValueLabs, penyedia perkhidmatan teknologi global, telah memenangi Anugerah Inovasi Teknologi Kewangan Global IBSI untuk Konsep Asli & Boleh Diterima Pakai Terbaik dalam Pematuhan & Teknologi Pengawalan (RegTech). Anugerah ini ialah di atas penyelesaian Usaha Wajar Pelanggan Perusahaan yang mereka bangunkan untuk Diligent, sebuah syarikat RegTech global yang berpusat di Singapura.

Anugerah Inovasi Teknologi Kewangan Global IBSI memberi penghargaan kepada syarikat teknologi dan bank di atas kecemerlangan mereka dalam mendorong keberkesanan melalui pelaksanaan teknologi perbankan dan inovasi menggunakan teknologi baharu. Pada tahun ini, pemenang IBSI dipilih berdasarkan kecemerlangan inovasi, amalan dan penggunaan alat terbaik, keaslian dan kesederhanaan, kesesuaian konsep serta kerumitan dan tadbir urus program.

Penyelesaian Usaha Wajar Pelanggan Perusahaan merupakan suatu aplikasi berasaskan SaaS yang membolehkan bank dan syarikat RegTech untuk penyertaan baharu dan menjaga hubungan yang berterusan dengan pelanggan sambil mematuhi peraturan dan keperluan polisi. Penyelesaian tersebut menyediakan enjin peraturan boleh dikonfigurasi secara 100% yang menjalankan usaha wajar bagi pelanggan di pelbagai topografi dan bidang kuasa.

“Kami gembira sebab mendapat pengiktirafan dari IBSI di atas usaha mendorong inovasi di ruang BFS dan kami yakin bahawa penyelesaian ini akan membantu industri untuk memperbaharui cara-cara penyertaan baharu dan usaha wajar pelanggan. Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakan kongsi kami di Diligent di atas anugerah ini dan berterima kasih kepada mereka yang membenarkan kami menjadi sebahagian daripada mereka,” kata Arjun Rao, Ketua Pegawai Eksekutif ValueLabs.

“Dalam era perbankan digital kini, adalah penting untuk bank dan institusi kewangan (FI) untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mematuhi peraturan industri dan keperluan pematuhan yang sentiasa berubah-ubah. Penyelesaian ini mengautomatikkan setiap proses KYC dan CDD serta membolehkan visi pematuhan digital untuk pelanggan kami,” kata Anoop Singh, Naib Presiden Kanan & Ketua Pasaran Baharu, Valuelabs, yang telah menerima anugerah tersebut. “Kami juga merancang untuk memperluas kehadiran global kami secara signifikan di BFS pada tahun 2021 dan pengiktirafan ini memberi inspirasi kepada kami untuk memberikan lebih banyak penyelesaian inovatif kepada industri BFS dan RegTech.”

Tentang ValueLabs 

ValueLabs ialah syarikat teknologi global yang fokus kepada perkhidmatan Pembangunan Produk, Teknologi Data dan Digital. Dikuasakan oleh The Digital Flywheel™, ValueLabs menyediakan penyelesaian menyeluruh dalam bidang Pengalaman Pelanggan, Data & Analitik, Pembangunan Produk dan Automasi. Sejak 23 tahun yang lalu, syarikat ini telah berkembang ke 32 buah lokasi, mempunyai 5,500 buah syarikat bersekutu dan 150 pelanggan di seluruh dunia. Fokus mereka kepada pekerja dan pelanggan telah menghasilkan perolehan Skor Penggalak Bersih (Net Promoter Scores, NPS) pelanggan terkemuka di industri, masing-masing melebihi 60 dan 80.

Hubungan Media: 
Anoop Singh Sengar
anoop.singh@valuelabs.com  
www.valuelabs.com/business-form/

Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/12/valuelabs-menang-anugerah-inovasi-teknologi-kewangan-global-ibsi.jpg

Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Awards Data Analytics Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE

You might also like