OnePlus Bakal hadir Dengan Sokongan HDR10+? Beri Paparan Yang Lebih Mempersona

803
- Iklan -

 

Seperti yang diketahui, OnePlus bakal memperkenalkan siri OnePlus 7 pada 14 Mei. Pelbagai maklumat tertiris yang diketahui setakat ini. baru – baru ini CEO onePlus, Pete Lau mendedahkan lagi dalam satu muat naik Tweet di akaun Twitter miliknya bahawa OnePlus 7 Pro bakal menerima sokongan HDR10+.

Sokongan ini secara langsung memberikan warna yang menarik, Dynamic Range yang tinggi dan pelbagai lagi. Ia pastinya jauh lebih baik dari HDR10 kerana ia mampu untuk mencerahkan sehingga 4000 nits.

Terdahulu, Pete Lau turut mendedahkan bahawa OnePlus menerima Pengiktirafan IP untuk kalis air yang mana ia boleh direndam tanpa ada sebarang masalah.

Pasti ramai tidak sabar menantikan kehadiran peranti ini. Jadi sama-sama kita nantikan pelancarannya dalam seminggu sahaja lagi!!!