
Siri ZTE Blade V7 yang baru sahaja merasmikan pelancarannya di pasaran Malaysia, telah mengadakan jualan eksklusif di Kiosk ZTE bertempat di Plaza Low Yat pada Ahad yang lepas.
Seawal jam 9 pagi sudah kelihatan ramai orang berpusu-pusu ke ruang legar jualan ZTE di Plaza Low Yat, dan pada pukul 10 pagi orang sudah mula beratur sehingga ke kawasan luar kompleks tersebut walaupun hujan renyai-renyai ketika itu. Ini semua gara-gara pelancaran ZTE Blade V7 Lite yang menyebabkan Plaza Low Yat dikerumuni mereka yang mahu mendapatkan peranti tersebut pada harga istimewa.

Menurut En. Danny Chan (Channel Marketing Director. S.E.A Region Devices Group of ZTE Corporation) berkata syarikat mereka komited dalam membawakan peranti berkualiti tinggi pada harga mampu milik ke dalam pasaran Malaysia. Engku Mohd Aminuddin meluahkan rasa gembiranya kerana menjadi orang pertama yang berjaya mendapatkan peranti tersebut pada jualan pelancaran tersebut dan berkata usahanya menunggu dari awal pagi sememangnya berbaloi.

Blade V7 Lite akan dijual pada harga RM 669, namun buat masa terhad ZTE Malaysia menawarkan harga istimewa RM 499 untuk anda semua.