
LeEco dan Twitter Bekerjasama Dalam Meluaskan Empayar Mereka

Twitter dan syarikat teknologi global Leeco mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama dalam perkongsian perniagaan bagi mengembangkan pengaruh global Leeco melalui servis platform sosial terkemuka dunia. Kerjasama pengiklanan tersebut akan memberikan LeEco akses kepada analisis penyelidikan pasaran, strategi pengiklanan dan sumber-sumber berkaitan. Sebagai contoh, Leeco akan menjadi salah satu jenama yang pertama dari China untuk mendapatkan akses kepada First View, medium pengiklanan berasaskan video yang baru dari Twitter.
First View adalah fungsi pengiklanan terbaru dari Twitter yang boleh membantu pengiklan mencapai audiens yang lebih besar dengan iklan tersebut akan muncul di laman pertama Twitter yang sekali gus disaksikan jutaan audiens. Menurut wakil LeEco, Twitter adalah rakan kongsi yang terbaik dari sudut pengiklanan kerana mereka mempunyai asas pengguna yang kuat pada lokasi-lokasi yang ingin ditembusi LeEco.