Realme 3 Sedia Muncul?! – Dilengkapi MediaTek Helio P70 + Dwi Kamera Utama

1403
- Iklan -

Nampaknya Realme kini bersedia melancarkan pewaris baru mereka iaitu Realme 3 tidak lama lagi. Penampakan Realme 3 mula muncul sejak kebelakangan ini dan Realme sendiri juga sering kali mengacah ciri-ciri utama padanya.

Melalui sebuah posting di Twitter, Ketua Pegawai Eksekutif Realme India, Madhav Sheth menyatakan Realme 3 bakal dikuasakan oleh cip pemproses MediaTek Helio P70. Pada masa sama, beliau juga berkongsi sebuah imej perbandingan antara MediaTek Helio P70 dan Snapdragon 660 – mendakwa MediaTek Helio P70 mempunyai prestasi yang lebih baik.

Beliau juga pernah berkongsi reka bentuk model tersebut yang dilihat membawa reka bentuk berlian dan terdapat sokongan dwi kamera utama yang disusun secara menegak (terdapat LED Flash).

Untuk makluman, Realme 3 bukanlah yang pertama dikuasai oleh MediaTek Helio P70. Sebaliknya, Realme U1 juga menggunakan cip pemproses tersebut. Adakah anda bersedia untuk menerima kedatangan pewaris baru ini?

[SUMBER, SUMBER 1]