Wiko Jerry3 – Peranti Android Go Kekal Membawa Keseronokan

Satu lagi peranti di bawah jenama Wiko yang tetap kekal pada penjualan dengan nilai terbaik pada harga memuaskan! Model terbaru yang diberi nama Jerry3 ini adalah peranti pintar yang berasaskan Android Go, satu sistem operasi yang menjanjikan pengalaman pengguna yang dioptimumkan.

Wiko Jerry3 tampil dengan paparan skrin 5.45 inci IPS pada nisbah 18:9, kamera utama dan kamera hadapan mempunyai lensa yang sama iaitu 5MP, masing-masing serta dengan LED flash dan Selfie flash.

Sebagai sebuah peranti di bawah Android Go, Jerry3 menggunakan cip pemproses Quad-core 1.3GHz bersama 1GB RAM dan 16GB storan ruangan. Kapasiti bateri hanya 2500mAh, namun tidak mengganggu penggunaan seharian. Wiko Jerry3 ditawarkan pada harga RM269, terdapat empat warna pilihan disediakan termasuk hitam, emas, merah dan bleen.

 

 

You might also like