Maxis Memberikan Liputan Dalam Bangunan Terbaik Di Suria KLCC

lampsitePengguna Maxis 4G kini boleh menikmati liputan dalaman yang lebih unggul di Suria KLCC berikutan pemasangan Lampsite – penyelesaian liputan dalaman yang inovatif dan paling canggih. Lampsite mampu meningkatkan kapasiti data di kawasan ‘hotspot’ dengan 4G LTE+ untuk mencapai puncak kelajuan muat turun 225Mbps, pertama seumpamanya di Malaysia.

klcc
Lokasi pemasangan Lampsite Maxis.

Maxis telah bekerjasama dengan Huawei untuk melaksanakan penyelesaian ini di Suria KLCC. Lokasi ini dipilih berdasarkan kepadatan penggunaan data mudah alih tertinggi di Malaysia dengan lebih daripada 1,300GB / km persegi pada waktu puncak.

Kualiti rangkaian adalah sesuatu yang kritikal bagi ramai rakyat Malaysia. Oleh itu, Maxis sentiasa memperkuatkan lagi penerajuannya dalam 4G, dan telah membuat pelaburan yang lebih banyak dalam rangkaian dan servis mereka.

You might also like