
Huawei Mate 10 Akan Dilancarkan 16 Oktober Depan

Huawei akan memperkenalkan produk terbarunya Mate 10 tidak lama lagi. Ia juga dikatakan akan mengenakan skrin hampir penuh yang mana sudah menjadi trend pada masa kini. Peranti Huawei Mate 10 juga diumumkan akan menerima pemproses berkuasa Kirin 970 pada tahun ini.

Melalui teaser rasmi yang dikeluarkan oleh Huawei baru-baru ini, sebuah majlis pelancaran akan diadakan pada 16 Oktober hadapan. Ini merujuk kepada tarikh sebenar kemunculan siri Mate tahun 2017. Pada hari itu juga kita boleh melihat apakah teknologi dan ciri istimewa yang akan dibawa oleh Huawei kepada pengguna, sama-sama kita nantikan.

