

PUBG MOBILE, salah satu permainan mudah alih paling terkenal di dunia, sukacitanya mengumumkan kolaborasi bersama permainan survival seram yang dinanti-nantikan keluaran Techland, Dying Light: The Beast.
Dalam kolaborasi rasmi pertama dengan permainan Dying Light: The Beast yang baru dilancarkan, bermula sekarang hingga 4 November, pemain PUBG MOBILE boleh memasuki medan pertempuran dan mengalami kandungan eksklusif baharu daripada promosi silang terkini antara kedua-dua permainan tersebut.
Pemain PUBG MOBILE akan berdepan dengan zombi daripada Dying Light: The Beast (termasuk Biter, Viral, dan Charger) di Castor Woods, yang muncul di seluruh Livik dan Erangel. Setiap jenis zombi mempunyai tahap ancaman yang berbeza: Biters bergerak perlahan tetapi berbahaya dalam kumpulan; Virals bergerak lebih pantas dan menyerang berturut-turut apabila berada dekat; manakala Chargers merupakan yang paling kuat dengan tahap kesihatan yang tinggi dan dua kaedah serangan berkuasa — menanduk dan meluru.
Ketiga-tiga jenis zombi boleh ditemui di dalam bangunan Castor Woods. Pemain yang berjaya menewaskan mereka akan membuka kawasan selamat di tingkat atas, di mana mereka boleh menmperoleh item unik seperti Baseball Bat dan picagiri Genome Synthetic Booster. Dengan menggunakan picagiri tersebut, pemain boleh mengaktifkan Beast Mode, yang memberikan pergerakan lebih pantas, pengurangan kerosakan tambahan, serta kebolehan untuk melancarkan serangan Aerial Smash. Pertarungn silang ini turut diteruskan dalam Metro Royale, di mana gaya permainan kekal sama seperti mod bertema, tetapi dengan satu perbezaan: apabila berjaya menamatkan perlawanan, picagiri tersebut akan menjadi item yang boleh dijual.
Dalam WOW mode, yang berlangsung dari 20 Oktober hingga 20 Disember, pemain akan menemui lima jenis zombi — termasuk Charger, Viral, dan tiga varian Biter — serta peta crossover rasmi bertemakan Dying Light: The Beast. Kemas kini ini menyusuli pelancaran World of Wonder 1.0 dalam PUBG MOBILE Version 4.0, yang memperluas akses kepada alat penciptaan dan memberi lebih banyak kuasa kepada pemain untuk mereka dan berkongsi kandungan unik.
Untuk mempertingkat pengalaman PUBG MOBILE x Dying Light: The Beast, pemain PUBG MOBILE boleh menyertai acara bertema khas bermula hari ini hingga 4 November. Pemain yang menyertai acara ini dan menyiapkan misi akan berpeluang memperoleh ganjaran seperti DYING LIGHT: THE BEAST Avatar, DYING LIGHT: THE BEAST Avatar Frame, dan DYING LIGHT: THE BEAST Set, yang menampilkan pakaian Kyle Crane.
Sementara itu, dalam Dying Light: The Beast, pemain juga boleh menantikan acara bertema khas yang memperkenalkan aktiviti sampingan dan aktiviti dunia terbuka dengan ganjaran acara silang. Dengan menyiapkan misi tersebut, pemain akan dapat membuka item kolaborasi eksklusif termasuk pakaian Kyle Craneacara silang, reka corak kenderaan, baseball bat, frying pan, dan charm yang menampilkan logo bersama PUBG MOBILE dan Dying Light: The Beast.
“Bekerjasama dengan PUBG MOBILE merupakan satu pengalaman yang amat menyeronokkan kerana ia menggabungkan dua francais survival ikonik. Kami tidak sabar untuk pemain merasai aktivit sampingan baharu bertemakan air drops pada hujung bulan ini,” kata Tymon Smektała, Pengarah Francais Dying Light. Techland akan berkongsi maklumat lanjut mengenai acara ini tidak lama lagi, jadi nantikan!
“Kolaborasi ini dengan permainan baharu yang mendapat sambutan hangat, ‘Dying Light: The Beast’, memberi PUBG MOBILE peluang istimewa untuk memperkenalkan pengalaman dan musuh baharu ke dalam medan pertempuran, sekaligus menjadikan pertarungan pemain lebih menarik. Berdepan dengan mayat hidup dan menggunakan kuasa Beast dalam mod bertema baharu, meneroka kreativiti zombi dalam World Of Wonder, serta kemas kini kepada Metro Royale, memberikan banyak kandungan menarik untuk pemain menjelang Halloween dan seterusnya,” kata Vincent Wang, Ketua Penerbitan PUBG MOBILE di Tencent Games.
Kolaborasi permainan PUBG MOBILE x Dying Light: The Beast boleh dimainkan dari 16 Oktober hingga 4 November dalam mod bertema dan Metro Royale. Acara dalam permainan PUBG MOBILE juga akan berlangsung dari 16 Oktober hingga 4 November, manakala WOW mode akan dijalankan dari 20 Oktober hingga 20 Disember. Muat turun dan main permainan secara percuma di App Store dan Google Play Store untuk mencuba kandungan baharu.

