Dua Pemenang Celcom Game Hero Menerima Wang Tunai Berjumlah RM1 Juta

Selepas empat bulan bertarung dalam permainan mudah alih Sky Invasion 3D, Ahmad Fazli Ahmad Rusli akhirnya berjaya membawa pulang hadiah utama sebanyak RM417,500 daripada hadiah keseluruhan RM1 juta. Pramugara dari Seremban ini juga telah mencatatkan skor markah tertinggi di antara 350,000 peserta yang lain.

Pertarungan akhir yang diadakan pada 22 Ogos lepas juga telah mengumumkan naib juara iaitu Mohd Farhan Hassin membawa wang tunai sebanyak RM317,500. Kedua-dua mereka ini telah menerima inisiatif daripada Celcom dalam majlis yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Jailani Johari.

Sky Invasion 3D dibangunkan dengan kerjasama Techninier Sdn. Bhd ini bertujuan menarik minat rakyat Malaysia untuk menyertai e-sukan yang kini sedang popular di seluruh dunia. Permainan ini juga telah mendapat sambutan yang hangat sehingga terbukti menjadi ‘Top Trending Apps’ di Google Playstore.

Dalam masa yang sama, pertandingan Celcom Game Hero kini memasuki siri kedua iaitu permainan Se7en Gear yang sudah bermula sejak 2 Julai lalu. Kali ini, para pemain perlu bertarung dalam perlumbaan arked 3D di jalanraya.

Permainan yang dianjurkan ini hanya terbuka kepada pengguna Celcom dan Xpax sahaja. Dengan memuat turun Se7en Gear di Google Play atau App Store, pemain seterusnya perlu melanggan RM3 seminggu sehingga pertandingan tamat. Melalui cabaran arked jalanraya ini, pemain perlu menampilkan ciri-ciri unik sewaktu bermain.

Kumpulan pemain yang berjaya ke peringkat akhir sekaligus berpeluang untuk memenangi hadiah merupakan sebuah kereta BMW 3 Series, Honda Jazz, Perodua Bezza dan sejumlah wang tunai. Bagaimanapun, bagi mereka yang ingin mengetahui maklumat lanjut serta terma dan syarat, sila layari laman sesawang Celcom Game Hero.

You might also like