OPPO Gegar Dunia Dengan 4 Kejayaan Terhebat Dalam Bidang Inovasi

Pelanggan pra-tempahan berasa excited sangat waktu mengambil OPPO F9

Kehadiran OPPO siri F iaitu F9 ke pasaran tempatan baru-baru ini ternyata berjaya mendapat maklum balas positif daripada orang ramai, sekaligus mencapai pelbagai kejayaan dan pengiktirafan dalam segi reka bentuk serta teknologi.

Ekoran kejayaan itu, F9 dilihat berjaya mencatat jualan yang luar biasa di mana sebanyak 32 unit telah terjual setiap minit pada hari pertama! Sekaligus memecahkan rekod jualan sebelumnya dengan dua kali ganda mengalahkan siri terdahulu, OPPO F7.

 

Transformasi Keseluruhan

Bagi memastikan pengguna berasa berpuas hati sepenuh masa, OPPO sentiasa berusaha dalam penambahbaikan dengan penuh inovasi. Selain itu, pelbagai perubahan besar dalam usaha untuk menampung perubahan drastik dalam industri peranti pintar turut dilakukan.

Sebagai sebuah pengeluar peranti terkemuka dari China, OPPO dilihat telah berjaya mengekalkan rekod jualan yang cemerlang. Ini adalah kerana strategi pemasaran serta penemuan reka bentuk terbaru mereka seperti teknologi VOOC Flash Charge dan 3D Structure Light.

 

Kejayaan Pertama – Inovasi Produk

Selari dengan kemajuan teknologi, OPPO nampaknya berjaya mencuri perhatian ramai dengan membawakan rekaan unik untuk peranti mercu mereka iaitu OPPO Find X. Dilancarkan secara rasmi di Paris pada 19 Jun lepas, tidak sampai sebulan kemudian dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada 17 Julai 2018, Find X hadir dengan sejumlah penawaran yang sangat menarik termasuklah reka bentuk kamera tersembunyi di dalam rangka melalui teknologi Stealth 3D Camera.

Di saat yang lain sibuk dengan persaingan, OPPO pula terus kekal fokusnya kepada inovasi untuk memberi lebih banyak kejutan kepada anak-anak muda selain memastikan setiap kualiti dan perkhidmatan produknya memenuhi keperluan pengguna semasa.

Find X

Berani tampil berbeza, OPPO menukar warna badan peranti daripada mono ke kecerunan dengan melibatkan Maestro of Color – Karim Rashid mewujudkan kecerunan warna indah seperti Cosmic Purple dan Ruby Red. Sejak itu, OPPO mendapat pengiktirafan sebagai pemain warna peranti pintar ini.

 

Kejayaan Kedua – Cerita Di Sebalik Teknologi Inovasi OPPO

OPPO mendapat pengiktirafannya melalui teknologi kebanggaan mereka seperti VOOC Flash Charge, 3D Structured Light, kamera Stealth 3D dan pergerakan mekanikal yang menggelungsur. Sebut sahaja teknologi VOOC Flash Charge, pastinya terdapat satu nama yang tidak boleh dilupakan iaitu Chang Jia Liang, lelaki di sebalik tabir teknologi low voltage fast charge atau lebih dikenali sebagai VOOC Flash Charge.

OPPO tidak pernah berhenti untuk membuat inovasi teknologi hebat untuk orang ramai kerana mereka percaya bahawa peminat mereka berhak mendapat kualiti teknologi yang terbaik

Pada ketika itu, OPPO masih sebuah syarikat kecil yang mempunyai sumber yang terhad. Oleh itu, tidak semua idea atau projek boleh mendapatkan kos yang diperuntukkan. Disebabkan itu, kos projek VOOC ditanggung sepenuhnya oleh Chang dan dua rakan. Meskipun pada mulanya mereka bergelut dengan pelbagai cabaran, namun selepas banyak penelitian ketat dilakukan terhadap projek tersebut, pihak OPPO akhirnya bersetuju untuk membenarkan teknologi itu digunakan pada peranti Find 7.

Evolusi teknologi VOOC

Ketika majlis pelancaran Find X di Paris pada Jun lalu, Chang dan pasukannya telah memperluaskan inovasi dengan memperkenalkan teknologi SuperVOOC. Pelaksanaan tersebut ternyata memberi impak positif kepada syarikat OPPO sekaligus merubah ia kepada syarikat yang mempunyai keupayaan untuk meneruskan inovasi dan kreativiti.

Seterusnya, teknologi kamera Stealth 3D. Find X merupakan peranti pintar Android pertama yang dilengkapi dengan ciri unik ini dalam mencapai nisbah skrin visual yang hebat daripada 93.8%. Struktur gelongsor kamera Stealth 3D yang tersembunyi membekalkan kamera utama 16MP + 20MP dan kamera hadapan sebesar 25MP.

Peranti pintar unggul OPPO Find X menampilkan rekaan kamera Stealth 3D di mana ia menyembunyikan semua komponen berteknologi tinggi termasuk kamera hadapan beresolusi 25MP

Selain itu, kawasan ini turut dilengkapi dengan modul 3D Structured Light dengan pelbagai komponen berteknologi tinggi seperti Flood illuminator, kamera Infra-merah, sensor proximity, Dot projector, Receiver dan kamera RGB .

Modul 3D Structured Light dalam Find X ini mampu memancar sebanyak 15,000 titik, sekaligus mengimbas wajah pengguna dengan modul 3D yang tepat dan lengkap supaya lebih pantas menyahkunci peranti.

Pengecaman wajah 3D Structured Light mempunyai tahap keselamatan yang lebih tinggi berbanding sistem pengimbas cap jari. Kadar penerimaan palsu pada pengimbas cap jari 1/50,000, sementara kadar penerimaan palsu pengecaman wajah 3D adalah 1/1,000,000. Pengenalan teknologi ini memudahkan sistem menyahkunci peranti lebih selamat dan lebih cepat.

 

Kejayaan Ketiga – Pemasaran Meluas Di Pasaran Luar Negara

OPPO Super Flagship Store yang terletak di Shen Zhen, China membawa pengalaman lebih kepada pelanggan OPPO

Selain teknologi inovasi, OPPO juga berjaya meluaskan jenama mereka di pasaran luar negara. Pada Jun 2018, OPPO bangga memasuki pasaran Eropah dan sehingga kini mereka berada di lebih daripada 30 pasaran dunia selain mempunyai lebih daripada 400,000 kedai konsep rasmi untuk menyediakan barisan produk dan perkhidmatan yang cemerlang.

Pada masa hadapan, OPPO akan membahagikan pasaran luar negara mereka kepada lima hab serantau, yang terdiri daripada Asia Selatan dan India, Asia Tenggara, Eropah, Asia Pasifik, dan Timur Tengah dan Afrika. Setiap rantau akan mempunyai sebilangan kakitangan yang bertanggungjawab untuk menyediakan strategi tempatan dan perkhidmatan pelanggan.

 

Kejayaan Keempat – Transformasi Strategi Pemasaran OPPO

Beralih pandangan ke rantau Asia Tenggara, siri OPPO F dilihat satu model yang mendapat perhatian luar biasa di bawah kemampuan swafoto-nya. Menyasarkan pada pasaran pertengahan, siri F sentiasa menjadi pilihan terbaik bagi pengguna yang mencari peranti pintar mampu milik dan komprehensif.

Namun, OPPO tidak pernah lelah berusaha menjadi yang terbaik. Untuk memastikan pengguna boleh menikmati inovasi yang terbaik dalam setiap jajaran, OPPO kini telah menggunakan teknologi VOOC Flash Charge pada peranti terbaru mereka, F9.

F9 merupakan peranti di bawah siri F pertama yang menyokong teknologi VOOC Flash Charge, juga hadir dengan reka bentuk skrin sedikit unik dikenali sebagai ‘Waterdrop screen’ di samping penawaran rekaan warna cerun yang eksklusif pada nisbah skrin-ke-kerangka 90.8%.

Hasilnya terbukti cemerlang dan OPPO F9 kini tersedia dengan tawaran harga RM1,399 di kedai konsep OPPO, laman rasmi OPPO, pengedar sah, rakan kongsi e-dagang seperti Lazada, 11street dan Shopee, serta rakan kongsi kedai rantaian Senheng, senQ dan Courts. Sebagai alternatif, pelanggan boleh pergi ke kedai telco termasuk Digi, Maxis atau Celcom untuk membeli OPPO F9.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai OPPO F9, sila rujuk:

 

**Ini adalah artikel advertorial dari OPPO Malaysia

 

You might also like