
Siapa tidak kenal permainan popular PUBG Mobile? Ia merupakan permainan mempertahankan diri yang menyaksikan anda dan sekumpulan pemain mendarat di kawasan pulau terbiar, dalam misi tersebut anda perlu mengumpul kelengkapan baharu dan mencari senjata api termasuk bom untuk menentang musuh.
Kehadiran honor Play sebagai sebuah peranti gaming yang memfokuskan pada pengalaman bermain, teknologi GPU Turbo terbina dalam boleh dikatakan prestasinya jauh lebih baik di mana mampu meningkatkan kelancaran pemproses grafik sehingga 60%, di samping mengurangkan penggunaan bateri sehingga 30%. Lebih-lebih lagi kolaborasi antara honor Play dan PUBG Mobile menjadikan permainan ini lebih menarik.
Sekarang, apa kata kita terokai lebih mendalam kehebatan
honor Play vs Xiaomi Mi 8!
Bagi membandingkan prestasi keseluruhan permainan pada kedua-dua peranti ini, kami telah menggunakan aplikasi ujian permainan GameBench dalam menguji prestasi honor Play dan Xiaomi Mi 8 semasa bermain PUBG Mobile dan Mobile Legends.

Grafik untuk kedua-dua peranti ditetapkan pada:
- Kualiti gambar: FHD
- FPS: HD
PUBG Mobile
Dalam masa dua minit selepas memasuki permainan, honor Play turun ke 31fps dari saat pendaratan dengan payung terjun, tetapi dengan segera ia kembali normal dan kekal stabil antara 39fps ~ 41fps. Xiaomi Mi 8 pula kekal pada 38fps ~ 41fps selama tiga minit pertama, tiada tanda lag atau hang prestasi sangat memuaskan.
Di antara masa 8:30 hingga 8:45, Mi 8 jelas menunjukkan penurunan 30fps ke bawah di atas sebab bangunan yang lebih rumit dalam permainan, dan masih terdapat sedikit ketidakstabilan sepanjang waktu pemulihan. Sebaliknya, prestasi honor Play sangat stabil dalam senario yang tidak jauh beza iaitu di antara 35fps ~ 41fps.
Setelah bermain 9 minit 30 saat kemudian, kerangka Mi 8 berasa sedikit panas dan secara langsungnya menjejaskan output grafik. Kadar fps juga berlaku ketidakstabilan yang ketara, malah menurun ke 29fps. Sebaliknya honor Play juga menghadapai kepanasan pada kerangka, tetapi kadar fps masih stabil kekal di antara 34fps ~ 41fps, semua ini tergantung pada keupayaan penyejukan yang unggul dari cip pemproses Kirin 970!
Pada akhir permainan, Mi 8 yang mengalami kepanasan berterusan telah kehilangan keseimbangannya dan menurun ke kadar 21fps, amat mengecewakan! Lain pula dengan honor Play, tiada sebarang penurunan kadar fps malah prestasi lebih baik dari sebelumnya di mana kekal stabil sekitar 38fps ~ 41fps, hebat!
Mobile Legends
Selain PUBG Mobile, kami juga telah menjalani ujian pada satu lagi permainan popular iaitu Mobile Legends. Sepanjang waktu bermain permainan bergrafik tinggi ini, honor Play mempunyai prestasi yang amat luar biasa di mana secara keseluruhannya ia kekal pada kadar 60fps tanpa penurunan yang ketara.
Ini semua adalah keupayaan GPU Turbo yang mampu mengoptimasikan permainan secara mendalam, tambahan lagi pengurusan haba pada Kirin 970 yang baik.
Bagi Xiaomi Mi 8 pula, prestasi baik pada permulaan permainan tetapi berlaku sedikit ketidakstabilan setelah 8.45 minit bermain dan kembali stabil pada akhir permainan.
Secara keseluruhannya, prestasi Mi 8 masih tidak sehebat honor Play mungkin disebabkan pengujian segera pada Mobile Legends setelah PUBG Mobile. Sekaligus mengakibatkan isu kepanasan pada Snapdragon 845 menjadi agak serius dan akhirnya mempengaruhi pengalaman permainan.
ULASAN…
Secara keseluruhannya, prestasi honor Play mencapai purata 40fps, lebih baik berbanding Xiaomi Mi 8 yang hanya mencapai purata 39fps pada permainan PUBG Mobile.
Bagi penggunaan kuasa bateri pula, honor Play mampu bertahan selama 7.7 jam untuk permainan, jauh beza dengan Mi 8 yang hanya bertahan selama 3.1 jam.
Manakala untuk permainan Mobile Legends pula, honor Play mencapai kadar 59fps lebih baik berbanding Xiaomi Mi 8 yang mencapai kadar 57fps.
Justeru itu, jelas memperlihatkan honor Play yang dijanakan teknologi GPU Turbo ini berjaya mengalahkan Xiaomi Mi 8 yang menggunakan cip pemproses Snapdragon 845 pada harga yang lebih berpatutan.
Reviu Penuh:
** Ini adalah artikel advertorial dari honor Malaysia

