Main Game Melalui vivo V9 Tanpa Gangguan Atau Guna Tetingkap Terapung

Permainan mudah alih sudah menjadi aplikasi wajib pada setiap telefon pintar. Perkakasan dalaman dan cip pemproses menjadi faktor utama sesebuah game itu beroperasi. Jika spesifikasi telefon pintar tersebut di tahap permulaan, maka pengalaman gaming bergrafik tinggi juga boleh terganggu. Jika telefon yang dimiliki memiliki kriteria seperti RAM tinggi dan pemproses canggih, ada pula gangguan dari segi lain. Contohnya gangguan panggilan masuk dan notifikasi e-mel dan mesej.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, vivo V9 dilengkapi dengan ciri yang dipanggil AI Game Mode. Mod ini akan diaktifkan sebaik pengguna membuka game, dalam masa sama akan menyekat sebarang mesej dan panggilan yang masuk. Ia bermakna pengguna masih menerima panggilan dan mesej, tetapi diletakkan sebagai notifikasi latar belakang.

Bagaimanapun, jika pengguna ingin kekal berhubung semasa bermain game, pengguna boleh menggunakan ciri gerakan-tangan untuk membuka aplikasi permesejan misalnya WhatsApp sebagai tetingkap terapung. Untuk mengaktifkan tetingkap terapung, pengguna perlu leretkan tiga jari dan pilih aplikasi yang ingin dibuka selagi aplikasi tersebut menyokong ciri Picture-In-Picture.

Vivo V9 akan dilancarkan di Malaysia 26 Mac ini dengan harga dijangka bermula RM1,499 seunit.

Korang yang berminat, boleh la beli di sini ↓ ↓ ↓

 

You might also like