
Moden! Bergaya! Ringan! Colorful! Ini dia ASUS VivoBook S15, sebuah komputer riba baharu yang diperkenalkan oleh ASUS Malaysia baru-baru ini.
Selain reka bentuk yang sangat menarik dan tidak ketinggalan zaman, apa yang istimewa pada laptop ini. Prestasi boleh tahan ke? Semua ini akan terjawab dalam ulasan kami, check it out~
#01 FIZIKAL LUARAN CUKUP MENARIK
Logo & Warna : Semuanya BARU!
Kerangka logam berkualiti matte pertama kalinya menggunakan rekaan logo baharu – ASUS VivoBook, di samping bertambah warna baharu juga iaitu Moss Green dan Punk Pink selain Cobalt Blue, Transparent Silver dan Gun Metal. Suka yang mana?
Papan Kekunci Lebih Selesa
Rekaan engsel Ergolift kali ini mampu manaikkan papan kekunci sebanyak 3° ke atas berbanding versi sebelumnya, dan rekaan ini dapat menjamin pengaliran haba yang memuaskan sepanjang penggunaannya.
Papan kekunci bersaiz penuh ini menawarkan kualiti menaip yang sangat selesa, number pad juga telah diletakkan di sebelah kiri dengan sokongan LED backlight memudahkan kerja menaip pada keadaan yang kurang pencahayaan.
Pelbagai Sambungan Port
Perlu memuji ASUS dari segi penggunaan ports, pada sisi kiri tersedia 2 x USB 2.0 Type-A ports dan penunjuk bateri yang mampu menunjukkan keadaan bateri apabila dicas penuh. Pada sisi kanan pula terdapat slot kad microSD, 3.5mm audio jack, USB 3.0 Type-C, USB 3.0 Type-A, HDMI dan power jack.
#02 HIBURAN TANPA SEMPADAN
Paparan Lebih Luas, Mencapai 88%
VivoBook S15 sebenarnya tidak nampak besar sangat, namun paparan skrin bersaiz 15.6 inci ini cukup memuatkan dalam badan kecil ini. Tambahan bezel nipis yang mencapai nisbah skrin-ke-kerangka 88% memberikan kepuasan kepada pengguna.
Pengecaman Wajah
Sistem keselamatan yang patut dimiliki dalam sesebuah laptop tetap tidak diabaikan oleh VivoBook S15, pada bahagian bezel nipis diletakkan sebiji kamera yang berfungsi sebagai pengecaman wajah.
Sistem Bunyi Harman Kardon

Speaker berada di dua sisi bawah laptop, dilengkapi sistem bunyi Harman Kardon mampu memberikan pengalaman hiburan yang mantap sama ada bermain permainan atau menonton video.
#03 PRESTASI DALAMAN BERKUASA TINGGI
Ujian Benchmark
VivoBook S15 dikuasai Intel Core i5-8265U, Windows 10 Home, 4GB 2400MHz DDR4 RAM dan NVIDIA GeForce MX250 GPU, secara keseluruhan dari kelas pertengahan ia boleh dikatakan sangat memuaskan dengan skor 3655 di bawah ujian PC Mark10.
#04 DAYA TAHAN BATERI POWER
3 Mod Pengecasan
ASUS menawarkan 3 jenis mod pengecasan yang kami rasa sangat berguna, antaranya:
- Full capacity mode – mengecas penuh bagi penggunaan seharian
- Balanced mode (Recommended) – penggunaan yang lebih seimbang, memastikan bateri dicas pada tahap 80%.
- Maximum Lifespan mode – sekiranya sentiasa plug-in pengecas, anda boleh tetapkan bateri dicas sehingga 60% untuk melanjutkan kitaran hayat bateri.
Ujian Ketahana Bateri
Kami telah menguji ketahanan bateri VivoBook S15 dengan menonton YouTube selama 1 jam, di bawah sambungan WiFi. Bateri menunjukkan penurunan sebanyak 5% dari 100% ke 95% sahaja, bermakna hanya perlukan 10% sahaja untuk menonton sebuah filem. Ohsem…
#05 APLIKASI UNIK
Aplikasi MyASUS
MyASUS menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pengguna, antaranya peringatan kemas kini, memperbaiki masalah produk, serta servis atas talian dan soal jaminan produk.
Aplikasi YourPhone
VivoBook S15 terbina dalam aplikasi “YourPhone”, anda hanya perlu memuat turun aplikasi yang sama pada peranti pintar maka bolehlah menyambungkannya terus ke laptop ini. Jika peranti pintar yang digunakan adalah siri Samsung Galaxy Note 10, anda boleh mengaktifkannya tanpa memuat turun sebarang aplikasi lagi.
Mod Permainan

Walaupun VivoBook S15 bukan sebuah gaming laptop, namun ia tetap menyokong mod permainan serta rakaman video game semasa bermain dan lain-lain.
ULASAN RINGKAS…
Sebagai tambahan menarik kepada VivoBook S15, dalam pembungkus ini turut disertakan pelekat eksklusif ASUS yang mana dapat mempersembahkan gaya peribadi pemuda masa kini. Apatah lagi pilihan warna yang pelbagai, lelaki atau perempuan juga akan tertarik padanya.
Secara keseluruhannya, ASUS VivoBook S15 boleh dikatakan sebuah laptop bergaya bahkan berprestasi baik yang sangat sesuai untuk semua golongan, sama ada pengendalian dokumen atau hiburan sepanjang waktu tetap menawarkan pengalaman unggul padanya.
Beli ASUS VivoBook S15: Lazada








