Mobile Legends: Bang Bang World Championship 2019 (M1) Bermula 11 November ini! – Tawar Hadiah Bernilai Kira -Kira RM1 Juta !!!

Buat julung kalinya, Mobile Legend Bang Bang Championship 2019 (M1) bakal dijalankan yang mana menawarkan hadiah berupa USD $250,000 (kira-kira RM 1,048,072). Kejuaraan ini bakal berlangsung dari 11 hingga 14 November bagi peringkat kumpulan dan 15 hingga 17 November bagi acara utama di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Sebanyak 16 pasukan profesional akan berentap dari 14 buah negara bagi merebut kejuaraan ini. Daripada 16 kumpulan yang bertanding, 8 daripadanya adalah dijemput secara terus oleh Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) dalam Malaysia, Singapore, Indonesia, Philippines dan Myanmar.

Manakala 8 lagi adalah yang melepasi ujian kelayakan di Brazil, Cambodia, Japan, Thailand and Laos, Russia,Turkey, Vietnam dan USA.

Bagi M1 Grand Finals yang bakal berlangsung pada 15 – 17 November 2019, terdapat 3 jenis tiket yang dijual iaitu Bronze,Silver dan Gold. Tiket sudah mula dijual dengan pas 3 hari dan 1 hari sudah tersedia.

Pas 3 hari ini turut disertakan dengan barangan MLBB in-game dan dengan tiket emas akan turut menawarkan M1 goodie bag. Kesemua tiket ada free seating dan anda berpeluang menyertai cabutan bertuah ketika majlis berlangsung.

Jika berminat, anda boleh membeli tiket anda di sini.

________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like