Instagram Kini Menghalang Komen Negatif Dan Spam Secara Automatik
Pentas media sosial adalah tempat individu untuk melepaskan geram dan ketidakpuas hati. Jika anda memuat naik gambar-gambar yang tidak menyenangkan, anda patut sedia menerima komen-komen negatif atau komen Spam yang menjatuhkan.
Menyedari perkara ini, Instagram sebagai pihak pembangun mengumumkan bahawa mereka telah memperkenalkan ciri baru yang dapat menghalang komen berunsur serangan secara automatik. Tapisan ini akan aktif sekiranya ‘penyerang’ meninggalkan komen di video secara langsung atau gambar di akaun.
Buat masa ini, Instagram hanya menyokong tapisan komen serangan dalam bahasa Inggeris sahaja, bahasa-bahasa yang lain akan ditawarkan pada masa hadapan. Tapisan komen Spam dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Portugis, Arab, Perancis, Jerman, Rusia, Jepun dan Cina pula akan dipadam oleh pembelajaran mesin.
Instagram berharap dengan ciri yang diperkenalkan, pengguna akan berasa lebih tenteram dan selamat.