Huawei Mate 10 Akan Dikuasakan Oleh Pemproses HiSilicon Kirin 970?!

Pemproses yang canggih memastikan telefon pintar sentiasa beroperasi dalam keadaan yang stabil dan efisyen. Semakin canggih set cip yang digunakan, semakin tinggi harga telefon itu dijual. Perkakasan ini dianggap jantung untuk menghidupkan peranti, jadi ia perlulah sesuai dengan perkakasan yang lain.

Oleh itu, Huawei sedang berusaha menghasilkan set cip ini di kilangnya sendiri. Menurut khabar angin, cip HiSilicon Kirin 970 akan dimasukkan ke Huawei Mate 10 pada tahun ini. Prestasi yang dilihat lebih kurang dengan Qualcomm Snapdragon 835 akan hadir dengan Cortex-A73. Tambah Huawei, penggunaan Cortex A-75 buat masa ini masih lagi belum sesuai dan relevan.

Sistem grafik juga akan berubah daripada Mali-G71MP8 kepada Mali-G71MP12 apabila Mate 10 dikeluarkan nanti. Perubahan pada saiz cip 10nm akan membuatkan peranti dijana dengan kuasa yang lebih rendah dan jimat bateri.

You might also like