
Seperti yang kita sedia maklum – ya, kejohanan Dota 2 KL Major bakal diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16 hingga 18 November depan! Disebabkan sambutan yang menggalakkan, pihak eGG Network memaklumkan bahawa tiket bagi pra-tempahan telah pun habis dijual.
Baca juga :
- Acer Penyedia Rasmi Monitor, Laptop Untuk The Kuala Lumpur Major
-
Dota 2 Major Kuala Lumpur Berlangsung 16 November, RM4 Juta Jadi Taruhan!
Pun begitu, anda tidak perlu risau kerana mereka memaklumkan penjualan tiket akan dibuka secara rasmi pada 14 September 2018 (HARI INI) iaitu pada jam 3 petang. Lebih menarik, dengan membuat pembelian awal ini anda akan berpeluang mendapat diskaun sebanyak 10%!!!
Bagi yang berminat untuk mendapatkan tiket ke acara tersebut, anda boleh membuat pembelian melalui laman rasmi The Kuala Lumpur Major.